Proton Persona SE

August 31, 2008

Proton telah melancarkan model istimewa Proton Persona pada 26 Ogos 2008. Diberi nama Proton Persona SE, model ini boleh didapati dipasaran pada harga RM59800. Didatangkan dengan dua warna “Blue Haze” dan “Brilliant Red” model ini amat sesuai bagi golongan yang mementingkan gaya, kepintaran dan keunggulan pada harga yang berpatutan. Proton Persona SE dijanakan oleh enjin CAMPRO IAFM dimana ianya memberikan lebih kelicinan atau kelancaran pada tork enjin. Walaubagaimanapun model ini hanya ditawarkan dengan transmisi auto. [Read more]

MPV Baru Proton Dilancarkan Mac 2009

August 31, 2008

Proton Holding Bhd mengumukan akan melancarkan model baru Multi Purpose Vehicle ( MPV) pada bulan MAc 2009. Pengumuman dibuat selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu berlangsung. Menurut Proton mereka akan memberikan fokus yang lebih kepada usaha-usaha untuk menambah kecekapan penggunaan minyak bagi model-model yang bakal dilancarkan terutama untuk mengurangkan beban pengguna hasil daripada kenaikan bahan bakar itu keparas tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas.

Didalam mesyuarat agung tahunan itu juga, proton membentangkan laporan kewangan syarikat bagi tempoh suku tahun pertama tahun 2008. Berbanding tempoh sama bagi kewangan sebelumnya, Proton telah memperolehi keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM52.03 juta. berbanding kerugian RM46.07 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Teks Ucapan YAB Perdana Menteri Bagi Bajet 2009

August 31, 2008

TEKS ucapan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan (2009) di Dewan Rakyat pada 29 Ogos 2008.

SAYA mohon mencadangkan supaya suatu rang undang-undang bertajuk ‘Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang yang disatukan untuk per- khidmatan bagi tahun 2009 dan bagi mem- peruntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu’ dibaca bagi kali kedua.

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya jua, saya dapat membentangkan Bajet 2009 di dewan yang mulia ini. [Read more]

SONY VAIO Pintar Dan Bergaya

August 31, 2008

SIRI rangkaian komputer riba Sony Visual Audio Intellingent Organizer atau VAIO diperhebatkan lagi dengan kehadiran tiga model terbaru iaitu VAIO Z, VAIO SR dan VAIO SR.

Kesemua model berkenaan merupakan barisan terkini siri pembuatan VAIO yang dilengkapi dengan fungsi pintar, reka bentuk bergaya yang dicipta khusus bagi memenuhi keperluan mobiliti komputer masa kini.

Rangkaian komputer riba VAIO terbaru ini membuktikan komitmen Sony dalam menawarkan komputer riba yang memenuhi keperluan pengguna masa kini sekali gus mencerminkan personaliti dan keperibadian seseorang pengguna itu. [Read more]

Motorola W230 bagi pengguna kali pertama

August 31, 2008

Mungkin bagi kebanyakan orang, telefon bimbit hanya digunakan untuk membuat dan menerima panggilan serta menghantar dan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS).

Bagi golongan ini, Motorola telah mengeluarkan telefon bimbit yang tidak mempunyai banyak kelebihan dan hanya dilengkapi dengan pemain MP3.

Dengan saiz 111 x 45 x 15 milimeter (mm) dan berat 80 gram (g) ia amat sesuai berada di dalam genggaman.

Motorola yang tidak pernah ketinggalan dalam reka bentuk, memberikan W230 ciri estetika yang memikat.

Butang tengah yang merupakan kunci kepada menu dikelilingi oleh pad navigasi empat arah manakala skrin bersaiz 1.6 inci CTSN hanya mempunyai 65K warna. [Read more]

Nokia Melancarkan N79 dan N85

August 26, 2008

Nokia secara rasminya melancarkan handfon siri N yang terbaru-N79 dan N85. Kedua-dua handfon ini menyokong rangkaian WCDMA untuk 3G US. N79 mempunyai 2.4-inci skrin, 5-megapixel kamera dan didatangkan dengan kad 4GB microSD. Manakala N85 dilengkapi dengan 2.6-inch OLED skrin, 5-megapixel kamera dan dilengkapi kad 8GB of microSD. [Read more]

Nokia N96 Dilancarkan, Quad-Band, WCDMA dan 16GB Memori

August 26, 2008

Selepas sekian lama menunggu, Nokia N96 akhirnya dilancarkan secara rasmi. Handfon yang di upgrade dari siri N95, dilengkapi dengan quad-band, US 3G-enabled (WCDMA), 2.8-inci skrin, 16GB memori dalaman,  5-megapixel Carl-Zeiss Tessar lens, A-GPS dan 802.11 b/g wi-fi.

Harga dijangka adalah sekitar $810 atau RM 27++. Baca lagi untuk spesifikasi. [Read more]

Sekitar Permatang Pauh- P44

August 25, 2008

[Read more]

Dell’s Studio Hybrid - Dekstop Mini Menawan

August 24, 2008

Syarikat komputer terkemula Dell telah melancarkan mini dekstop- PC Dell’s Studio Hybrid. Gajet mini ini merupakan PC tercantik pernah ada dia pasaran. Menurut Dell, Studio Hybrid ini 80% lebih kecil dari dekstop biasa dan menggunakan kurang 70% kuasa dari dekstop biasa. [Read more]

Iklan Petronas Merdeka 2008

August 24, 2008

Iklan Petronas semasa raya dan hari merdeka biasanya menyentuh perhubungan antara kaum, keluarga dan dan mempunyai jalan cerita yang menarik. Untuk tahun 2008, layan video di bawah.

Next Page »