Archive for November, 2009
Edisi Malam : Lim Guan Eng dibakar di Pulau Pinang Sehari Selepas Memijak Gambar Adun Changkat dan Behrang !

Jangan terkejut kerana gambar beliau sahaja yang dibakar, bukan orangnya. Walaupun saya pasti ramai sudah terbakar hati melihat gambar Melayu Islam dipijak-pijak oleh Cina Kafir Harbi dari parti DAP ini. Siapa pun tak akan sanggup melihat saudara sebangsa dan seagama diperlakukan begitu rupa. Akhirnya balasan telah tiba. Gambar LGE telah dibakar hari ini oleh penduduk Pulau Pinang sendiri yang mahu janji janji LGE dilunaskan segera… Seingat saya tidak ada lagi iklan selamat hari jadi kepada mana mana menteri Barisan Nasional tetapi apabila ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Empat gempa di Kuala Pilah, terbaru 2.30 petang 30 Nov 2009
Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pukul 2.30 petang 30 November 2009.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berpusat di 22km timur Seremban dan merupakan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.
Kejadian gempa bumi pertama berlaku pada pukul 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku pada pukul 12.15 ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
LAPORAN KHAS: Sempena Ulang Tahun Ke-20 Perjanjian Damai Kerajaan Malaysia dan PKM (Bahagian Kedua)

Oleh ROZAID A. RAHMAN
Perjanjian bersejarah… (dari kanan) Abdullah C.D. dan Chin Peng menandatangani perjanjian damai dengan Jeneral Chavalit Yongchaiyudh, Panglima Angkatan Tentera Thailand dan wakil Malaysia, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman di Haadyai pada 2 Disember 1989. -Foto THE STAR oleh ROHAIZAT
SABTU, 2 DISEMBER 1989; Jam hampir 10.30 pagi dan Hotel Lee Garden di mana berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian damai di antara Kerajaan Malaysia-Thailand dan PKM telah dipenuhi oleh wartawan dan orang kenamaan yang ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Skim baucar diskaun RM5,000 untuk kereta lama mungkin diteruskan
Pemberian skim baucar diskaun sebanyak RM5,000 untuk kereta nasional yang ditamatkan pada 1 November lalu tidak mustahil ia akan diadakan semula jika itu yang dikehendaki oleh rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, ketika ini pihaknya sedang mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung pelaksanaan skim berkenaan.
Sebelum ini katanya, skim tersebut ditamatkan setelah semua dana yang disediakan habis digunakan tetapi kerajaan sentiasa fleksibel dan akan menyelami hasrat rakyat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan yang ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Penduduk Malaysia ambil 26 sudu teh gula sehari
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa penduduk Malaysia adalah pengguna gula ‘tegar’ di Asia Tenggara dengan mengambil 26 sudu teh gula sehari.
Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow berkata, perkara itu amat serius kerana negara ini dilaporkan mempunyai jumlah pesakit diabetes ke-4 tertinggi di rantau Asia kerana jumlah pesakit kencing manis dijangka meningkat kepada 1.3 juta orang menjelang 2010 berbanding 800,000 pesakit pada 2007.
Katanya, kajian CAP turut mendapati 15 peratus rakyat tempatan yang berumur melebihi 30 tahun menghidap diabetes selain mengalami masalah ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Piagam Madinah model terbaik bina keharmonian
Oleh MOHD SHAHRIZAL NASIR
Kejayaan Rasulullah SAW membina sebuah negara Islam terdiri daripada masyarakat berbilang kaum serta kepercayaan membuktikan Islam, agama yang menitikberatkan soal perpaduan dan kesejahteraan.
Sejarah membuktikan sebuah negara Islam bukanlah bermaksud semua warganya memiliki pegangan agama yang satu. Titik persamaan dalam mencapai tuntutan hidup dijadikan asas pegangan kepada semua pihak untuk terus bersatu tanpa memikirkan perbezaan kepercayaan, fahaman, budaya dan asal keturunan.
Atas dasar untuk memenuhi keperluan dan tuntutan hidup, kita dibenarkan oleh syarak untuk bersatu dan bersepakat dengan masyarakat ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Kesusasteraan Inggeris galak pelajar berfikiran kritis, kreatif
Oleh JAMI’AH SHUKRI
Subjek Kesusasteraan Inggeris pernah dimasukkan dalam kurikulum mata pelajaran dan kini akan diperkenalkan semula di sekolah rendah dan menengah, mulai tahun depan sebagai usaha memantapkan penguasaan pelajar dalam bahasa berkenaan.
Keputusan itu sejajar pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Kepentingan memasukkan semula subjek dalam kurikulum pendidikan itu sebenarnya patut dibuat lebih awal lagi bagi memastikan penguasaan dalam bahasa dapat dimantapkan di kalangan pelajar.
Pensyarah Jabatan Bahasa dan Sastera Inggeris, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Apakah keistimewaan drama bersiri Nur Kasih
Oleh MANJA ISMAIL
Jika drama bersiri Melayu, apa lagi jika bukan bercorak seram, tahyul atau jenayah, dikatakan sukar menarik penonton televisyen, kejayaan Nur Kasih yang berakhir malam Jumaat lalu, membuktikan sebaliknya. Memang tiada siapa menyangka drama 26 siri yang mula ditayangkan di TV3 sejak 29 Mei lalu itu mendapat sambutan di luar dugaan.
Malah, Nur Kasih mencetuskan fenomena luar biasa apabila episod ke-25 Jumaat minggu lalu mencatat kadar penonton 3,908 juta (berusia empat tahun ke atas) atau 53.9 peratus daripada penonton televisyen ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
‘Kami terhina’ – Mualaf

Oleh MARY VICTORIA DASSmaryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Disebabkan kedaifan hidup, sepasang suami isteri mualaf yang mempunyai 12 anak terpaksa bergantung pada sumber air parit dicemari sisa baja dan bangkai untuk kegunaan seharian, termasuk membancuh susu bayi mereka yang baru berusia sebulan.
Akibatnya, 14 beranak itu kini digelar ‘keluarga jijik’ oleh segelintir penduduk di sekitar penempatan setinggan Kampung Sungai Plentong di sini, semata-mata kerana mereka sanggup menggunakan sumber air kotor untuk kegunaan harian sejak lebih 16 tahun lalu.
Ketua keluarga berkenaan, Mohamad Jeeva Abdullah, 43, ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued
Wartawan Cina, India di Utusan Malaysia
Mungkin kisah seharian orang Melayu di Utusan Malaysia akan digambarkan seperti ini oleh wartawan Bukan Melayu.
Apabila Utusan Malaysia menawarkan jawatan sebagai wartawan kepada graduan yang Bukan Melayu, abe MIE berasa amat kehairanan. Ia seolah-olah membenarkan kandang itik kepada ayam- kesannya, makanan itik akan dikais oleh ayam!
abe MIE selalu membaca akhbar Utusan, kebanyakan berita yang terdapat dalam akhbar Utusan mengenai kehidupan orang Melayu dan juga perkembangan luar negara. Boleh dikatakan 60 hingga 80 peratus isi kandungan dalam Utusan adalah mengenai politik ..read more 30Nov2009 | MYLASIA | View Comments | Continued



