Blog Ini
Adalah menjadi harapan untuk apa-apa sahaja yang ditulis di dalam blog ini diambil sebagai pengajaran, teguran dan sesuatu yang positif untuk direnung bersama. Sesungguhnya manusia itu tidak sempurna dan hanya Allah, Tuhan sekalian alam sahaja yang sempurna. Maka dalam setiap penulisan yang disiarkan di dalam blog ini, kesempurnaan yang dicari namun pastinya terdapat cacat cela di mana-mana.
Penulisan Di Dalamnya
Sukacita diterangkan bahawa apa sahaja bentuk penulisan di dalam blog ini adalah bertujuan positif dan untuk tatapan pembaca yang redha membaca dan menghayati serta tidak prejudis kepada penulis. Meskipun begitu, penulis tidak dapat mengawal sepenuhnya pemikiran mereka yang hadir ke blog ini. Ada yang datang mencari bahan-bahan lucah (tapi kempunan), ada yang datang mencari maklumat berkaitan perniagaan melalui internet, ada yang datang menjengok untuk sentiasa dekat dengan kawan-kawan, ada yang datang mencari maklumat tentang tips-tips kekeluargaan dan ada juga yang datang tanpa tujuan yang nyata. Maka adab bila berkunjung, berilah salam dan jangan pula cuba memporakperandakan atau cuba menghidupkan api membakar rumah yang dikunjungi.
Setiap tulisan yang disiarkan tidak dimestikan setiap yang hadir bersetuju dengan fakta dalam tulisan tersebut. Pun begitu, setiap tulisan yang mungkin pada pandangan sesetengah pihak berunsur kritikan negatif yang tidak berguna, pada suatu ketika yang lain akan dikira berguna oleh sesetengah yang lain.
Komen
Komen-komen yang diterima dalam blog ini tidak pernah dipadamkan oleh penulis kecuali komen yang ditulis berulang sahaja. Sebarang bentuk komen tidak kira yang positif atau negatif akan disiarkan sekalipun laras bahasa yang digunakan tidak senonoh di pandangan ramai mahupun sesetengah pihak. Blog ini bukan media arus perdana yang memerlukan laras bahasa lagak artikel kewartawanan.
Penulis sangat menghargai setiap komen yang diberikan.
Komen-komen berniat jahat dan berbaur ugutan hanya akan dibalas oleh Allah s.w.t. Sikap taajub, ujub dan bermegah dan membangga diri yang berlebih-lebihan bukanlah amalan Islam. Hanya Allah yang mampu membalas golongan sebegini dan semoga Allah membuka pintu hati mereka.
Penafian
Blog ini adalah blog yang menyampaikan pendapat peribadi penulis dan penulis tidak bercadang untuk mempertikaikan, merendahkan, malah menghentam mana-mana pihak di dalam tulisannya.
Anda yang membaca, memberi komen, menerima sindikasi RSS, mahupun update melalui email, bermaksud bersetuju dengan apa yang penulis nyatakan ini: Iaitu blog ini adalah blog peribadi dan tidak digunakan untuk perkara yang menyalahi mana-mana undang-undang duniawi mahupun ukhrawi!
Jika anda tidak bersetuju, sila segera tinggalkan blog ini, sebelum anda terasa sakit hati.
Harap semua orang faham.

