Proton Persona SE
August 31, 2008
Proton telah melancarkan model istimewa Proton Persona pada 26 Ogos 2008. Diberi nama Proton Persona SE, model ini boleh didapati dipasaran pada harga RM59800. Didatangkan dengan dua warna “Blue Haze” dan “Brilliant Red” model ini amat sesuai bagi golongan yang mementingkan gaya, kepintaran dan keunggulan pada harga yang berpatutan. Proton Persona SE dijanakan oleh enjin CAMPRO IAFM dimana ianya memberikan lebih kelicinan atau kelancaran pada tork enjin. Walaubagaimanapun model ini hanya ditawarkan dengan transmisi auto. [Read more]
MPV Baru Proton Dilancarkan Mac 2009
August 31, 2008
Proton Holding Bhd mengumukan akan melancarkan model baru Multi Purpose Vehicle ( MPV) pada bulan MAc 2009. Pengumuman dibuat selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu berlangsung. Menurut Proton mereka akan memberikan fokus yang lebih kepada usaha-usaha untuk menambah kecekapan penggunaan minyak bagi model-model yang bakal dilancarkan terutama untuk mengurangkan beban pengguna hasil daripada kenaikan bahan bakar itu keparas tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas.
Didalam mesyuarat agung tahunan itu juga, proton membentangkan laporan kewangan syarikat bagi tempoh suku tahun pertama tahun 2008. Berbanding tempoh sama bagi kewangan sebelumnya, Proton telah memperolehi keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM52.03 juta. berbanding kerugian RM46.07 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
‘Facelift’ Baru Perodua Myvi
May 28, 2008
Selepas tiga tahun Myvi dikeluarkan, Perodua sentiasa memperbaharui ciri-ciri yang ada untuk terus kekal bersaing dalam pasaran automotif yang semakin kompetitif. Beberapa ciri-ciri terbaru Myvi telah didedahkan oleh pembaca di web paultan.org.
Facelift baru.
‘Facelift’ terbaru Perodua Myvi kelihatan lebih feminin berbanding rekaan yang ada sekarang. Anda boleh klik pada gambar disebelah untuk imej yang lebih jelas.
Perodua Nautica 4WD dilancar: Spesifikasi, Gambar- Gambar dan RM89, 900??
May 10, 2008
Model gantian Perodua Kembara - Perodua Nautica adalah model pertama Perodua yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan tidak secara pemasangan tempatan (CKD). Dengan pelancaran model SUV ini, Perodua mensasarkan jualan antara 100 hingga 200 unit Nautica 4WD sebulan, yang ditawarkan pada harga (OTR) di atas jalan RM89,900.
Perodua Nautica adalah duplicate model Daihatsu Terios dan Toyot Rush. Sebagai perbandingan harga Toyota Rush di Malaysia adalah RM 85,888.00 untuk model MT dan RM 88,888.00 (AT). Persoalannya, perlukan Perodua Nautica dihasilkan jika harganya lebih mahal dari harga asal pembuatnya? JIka anda pembeli model yang mana pilihan anda?
Perodua Nautica - abaikan perbezaan harga, tunjukkan semangat nasionalisme dengan menyokong produk Malaysia
Toyota Rush - jimat sehingga RM 4012 untuk model yang lebih terkenal dan dipercayai. Menang membeli menang memakai.
Klik pada pautan untuk spesifikasi penuh, gambar- gambar dan harga.
Perodua Nautica Lancar Khamis Ini
May 3, 2008
Model baru Perodua yang dinamakan Perodua Nautica akan dlancarkan Khamis ini 6 Mei 2008, tepat jam 10.00 pagi. Model ini merupakan model gantian untuk Perodua Kembara dihasilkan sebagai memenuhi permintaan pasaran model SUV di negara ini.
Imaginasi Artis Proton Putra Baru
May 1, 2008
Bagaimana agaknya jika Proton mereka sebuah kereta dua pintu daripada casis Proton Saga yang dikuasakan oleh enjin 1.6 Campro CPS sebagai model baru Proton Putra? Theophilus Chin telah mengimaginasikan model gantian untuk Proton Putra berdasarkan gabungan beberapa model kereta terkenal dan Proton Saga. Ia dipanggil “Pooterror”.




Recent Comments