Proton Persona SE

August 31, 2008

Proton telah melancarkan model istimewa Proton Persona pada 26 Ogos 2008. Diberi nama Proton Persona SE, model ini boleh didapati dipasaran pada harga RM59800. Didatangkan dengan dua warna “Blue Haze” dan “Brilliant Red” model ini amat sesuai bagi golongan yang mementingkan gaya, kepintaran dan keunggulan pada harga yang berpatutan. Proton Persona SE dijanakan oleh enjin CAMPRO IAFM dimana ianya memberikan lebih kelicinan atau kelancaran pada tork enjin. Walaubagaimanapun model ini hanya ditawarkan dengan transmisi auto. [Read more]

MPV Baru Proton Dilancarkan Mac 2009

August 31, 2008

Proton Holding Bhd mengumukan akan melancarkan model baru Multi Purpose Vehicle ( MPV) pada bulan MAc 2009. Pengumuman dibuat selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu berlangsung. Menurut Proton mereka akan memberikan fokus yang lebih kepada usaha-usaha untuk menambah kecekapan penggunaan minyak bagi model-model yang bakal dilancarkan terutama untuk mengurangkan beban pengguna hasil daripada kenaikan bahan bakar itu keparas tertinggi dalam sejarah pada bulan lepas.

Didalam mesyuarat agung tahunan itu juga, proton membentangkan laporan kewangan syarikat bagi tempoh suku tahun pertama tahun 2008. Berbanding tempoh sama bagi kewangan sebelumnya, Proton telah memperolehi keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM52.03 juta. berbanding kerugian RM46.07 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.