Hiburan
Gamat 2 lebih mesra penonton
Gamat 2 lebih mesra penonton
TANYALAH kepada sesiapa saja yang ingin mementaskan teater mahupun konsert, pastinya Panggung Sari, Istana Budaya (IB) menjadi pilihan pertama. Dengan infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di panggung bertaraf dunia itu, se pastinya tiada siapa yang mahu melepaskan peluang.
Apatah lagi, jika produksi itu mendapat sambutan yang cukup hangat sehingga perlu dipentaskan semula untuk musim seterusnya, ia melambangkan satu kejayaan buat produksi berkenaan.
Tetapi, lain pula perihal dengan teater muzikal Gamat musim kedua (Gamat 2) yang mula dipentaskan bermula ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Penghargaan Lis untuk seniman agung
Penghargaan Lis untuk seniman agung
SESUDAH mengarahkan drama pertamanya, Rompakan Kabinet yang pernah disiarkan di Astro Ria sedikit masa lalu, Melissa Saila kini tampil dengan buah tangan keduanya.
Kali ini, Melissa atau lebih mesra disapa Lis mempertaruhkan sebuah drama yang jauh berbeza dengan apa yang ditampilkan menerusi Rompakan Kabinet.
Dengan mengambil judul Pabila Larut Malam, tiada lain buat Lis adalah untuk menghargai kedua bapa dan ibu saudaranya iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma yang dipanggil daddy dan mama ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Nostalgia Sri Mersing
Nostalgia Sri Mersing
LONTARAN dialog klasik oleh Allahyarham seniman Nordin Ahmad berbunyi ‘kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu’ sekitar 50 tahun lalu sememangnya masih diingati sehingga kini.
Diungkapkan menerusi filem Sri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani, dialog penuh emosi itu cukup dikagumi oleh segenap penggemar filem Melayu sehinggakan ia tetap segar biarpun sudah berpuluh tahun berlalu.
Begitulah penangan keasyikan, penghayatan dan kuatnya emosi yang dibawakan oleh Allahyarham seniman itu ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Koleksi lagu cinta terhebat
Koleksi lagu cinta terhebat
APABILA berada di alam percintaan, tidak dinafikan lagu dan irama sememangnya memainkan peranan yang cukup penting dalam menguatkan lagi perhubungan itu.
Lagu-lagu cinta diibaratkan sebagai lambang serta terjemahanbagi menggambarkan kesucian serta kehebatan cinta mereka itu.
Jika hendak disenaraikan lagu-lagu cinta, memang terlalu banyak dan ada yang sudah mencapai taraf malar segar di mana kalau mendengar berulang-kali, ia bisa membuatkan kita tersenyum sendirian.
Menyedari hakikat itu, syarikat rakaman Warner Music Malaysia berjaya menghimpunkan 90 buah lagu-lagu cinta terbaik menerusi koleksi terbaru ..read more 18Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Tirai pembukaan yang menyakinkan
Tirai pembukaan yang menyakinkan
WALAUPUN ada yang berpendapat rancangan realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) sudah semakin hilang pengaruhnya, hakikatnya ia masih lagi diminati oleh pengikut setianya.
Ini dapat dibuktikan pada malam Sabtu lalu bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur di mana berlangsungnya Tirai Akademi Fantasia 8 (AF8) bahawa rancangan realiti itu masih lagi diminati.
Biarpun atmosfera terasa sedikit hambar, itu bukan satu halangan untuk peminat hadir memberikan sokongan kepada pelajar kegemaran mereka.
Lagi pula rancangan itu mahu membuktikan kepada ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Malam Bersama Bintang semakin hangat
Malam Bersama Bintang semakin hangat
PROGRAM Malam Bersama Bintang anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan sebulan sekali sejak bulan lalu semakin mendapat sambutan daripada para peminat.
Senario itu dapat dilihat berdasarkan bilangan penonton yang semakin bertambah pada program yang diadakan pada malam Jumaat minggu kedua setiap bulan iaitu dengan dihadiri lebih 300 orang daripada segenap lapisan usia.
Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, aktiviti-aktiviti seperti tayangan filem, persembahan nyanyian dan sesi bertemu peminat merupakan tarikan utama dalam program yang ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Patrizio mahu takluk dunia
Patrizio mahu takluk dunia
MISINYA hanya satu iaitu mahu menakluk dunia dengan muziknya sekali gus memperkenalkan namanya di persada seni antarabangsa.
Dengan penuh jujur, Patrizio Buanne mengakui namanya belum cukup kuat untuk menyakinkan masyarakat dunia akan bakatnya.
Kerana itulah, dia tidak pernah putus asa mencari formula dan strategi terbaik untuk menonjolkan diri serta muziknya dalam meraih perhatian khalayak.
Biarpun sudah melahirkan dua album sebelum ini iaitu The Italian dan Forever Begins Tonight pada tahun 2005 dan 2007, namun Patrizio belum puas dengan apa yang ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Farid tidak angkat mat rempit
Farid tidak angkat mat rempit
GELODAK hati Farid Kamil hanya Allah sahaja yang tahu saat diberitakan filem pertama arahannya, V3: Samseng Jalanan bakal diharamkan kerana sarat dengan aksi ganas yang tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di negara ini.
Apatah lagi, impiannya untuk bergelar seorang pengarah filem sudah lama dipendamkan dan sudah pasti apabila peluang itu diberikan, Farid mahu melakukan yang terbaik untuk filem pertamanya itu.
Lalu, apabila keringat dan tenaga sudah habis dicurahkan bagi memastikan kelancaran filem itu, hati mana yang tidak gundah-gulana ..read more 17Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Bayangan kolaborasi M. Nasir
Bayangan kolaborasi M. Nasir
KONSERT Bagaikan Sakti M. Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza di Singapura sekitar Januari lalu sememangnya memberi kesan yang cukup mendalam kepada mereka yang telah menontonnya.
Siapa tidak kenal dengan dua nama besar dalam industri muzik ini. Persembahan M. Nasir dan Siti amat menghiburkan dengan alunan indah rangkaian lagu-lagu popular yang dilontarkan mereka.
Menerusi Bagaikan Sakti, ia turut memperlihatkan buat pertama kalinya selepas lima tahun, M. Nasir dan Siti mendendangkan semula lagu Bagaikan Sakti.
Lagu tersebut merupakan lagu tema filem epik ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Janji Umie pada anak angkat
Janji Umie pada anak angkat
BIARPUN hanya anak angkat, tetapi kasih sayang Umie Aida terhadap Mohd. Dzulhelmy, 16, dan Mohd. Daniel Firdaus, 17, ibarat ibu terhadap anak kandungnya sendiri.
Ini kerana, dua anak angkat itu telah dibelanya sejak dari kecil, malah pelakon berusia 37 tahun itu menganggap keduanya seperti anak daripada darah dagingnya sendiri.
Menurut Umie, dia tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana Mohd. Dzulhelmy dan Mohd. Daniel Firdaus tidak dapat menyaksikan saat dia diijabkabulkan Ahad lalu di Mekah.
Ahad lalu, pelakon yang ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued