BenQ rangkul reka bentuk terbaik

December 13, 2008

BENQ memperlihatkan keunggulannya setelah tiga produknya terpilih untuk merangkul anugerah reka bentuk terbaik baru-baru ini.

Lebih membanggakan, tiga produk tersebut iaitu monitor LCD M2200W 16:9, TV LCD V37 37 inci dan komputer riba Joybook P53 keluaran BenQ itu telah dipilih untuk meraih anugerah tersebut daripada 3,023 penyertaan produk-produk lain.

Menurut Ketua Pegawai Reka Bentuk BenQ, Manfred Wang, Pusat Reka Bentuk Gaya Hidup BenQ telah memberi sepenuh dedikasi dalam usaha mereka cipta produk bukan hanya sekadar untuk kelihatan menarik sahaja.

“Malah, berteraskan kaji selidik BenQ yang dijalankan ke atas tingkah laku pengguna, permintaan dari senario yang berlaku serta kemunculan trend terkini sekali gus telah membuatkan kami untuk menggabungkan nilai estetika serta fungsi yang diyakini perlu disatukan bagi sesebuah produk itu. [Read more]

SONY VAIO Pintar Dan Bergaya

August 31, 2008

SIRI rangkaian komputer riba Sony Visual Audio Intellingent Organizer atau VAIO diperhebatkan lagi dengan kehadiran tiga model terbaru iaitu VAIO Z, VAIO SR dan VAIO SR.

Kesemua model berkenaan merupakan barisan terkini siri pembuatan VAIO yang dilengkapi dengan fungsi pintar, reka bentuk bergaya yang dicipta khusus bagi memenuhi keperluan mobiliti komputer masa kini.

Rangkaian komputer riba VAIO terbaru ini membuktikan komitmen Sony dalam menawarkan komputer riba yang memenuhi keperluan pengguna masa kini sekali gus mencerminkan personaliti dan keperibadian seseorang pengguna itu. [Read more]

Amaran pengguna Joomla CMS Versi 1.5.0 - 1.5.5

August 21, 2008

Adalah dimaklumkan bahawa GCERT telah menerima makluman bahawa terdapat kelemahan pada aplikasi Joomla! versi 1.5.x yang digunakan oleh beberapa laman web agensi kerajaan yang terdedah kepada ancaman password reset bagi akaun Administrator secara jarak jauh.

Kelemahan tersebut akan membolehkan kata laluan bagi ‘Administrator’ diubah dan seterusnya membolehkan penceroboh menukar maklumat yang terdapat pada laman web berkenaan. Penceroboh juga berupaya untuk memasukkan backdoor ke server berkenaan dan seterusnya mendapat kawalan penuh terhadap server web tersebut.

NOTA MAKLUMAN GCERT BIL. 4/2008

PADA 14 OGOS 2008

KETERANGAN ANCAMAN

Nama dan Jenis Ancaman : Joomla “token” Password Change Vulnerability (Pencerobohan Laman Web)

Tarikh Dikesan:13 Ogos 2008

Bilangan Agensi Terlibat: Semua agensi yang menggunakan Joomla! CMS versi 1.5.x

Sistem Pengoperasian/Aplikasi Berisiko: Joomla! CMS versi 1.5.0 - 1.5.5

Kaedah Serangan: Penceroboh boleh reset kata laluan bagi akaun pertama yang masih aktif (kebiasaannya adalah akaun Administrator)

Kesan Serangan:Penceroboh akan login sebagai ‘Administrator’ dan berupaya membuat pelbagai perubahan termasuk mengubah kandungan laman web, mencipta akaun pengguna yang baru, memuat naik backdoor, memasang perisian bot, dll.

Cadangan Tindakan Pengukuhan
1. Menukar (rename) akaun (login ID) ‘Administrator’ ke nama yang lain.
2. Menukar (rename) folder ‘administrator’ ke nama yang lain.
3. Menaiktaraf Joomla! CMS ke versi 1.5.6 atau audit source code bagi fail ‘reset.php’

Maklumat Lanjut
1. http://developer.joomla.org/security/news/241-20080801-core-password-remind-functionality.html
2. http://secunia.com/advisories/31457/
3. http://gcert.mampu.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=209&Itemid=1

Firefox 3 bakal Pelayar Internet Terpantas

May 20, 2008

Firefox 3 Release Candidate 1 telah dilancarkan dengan menawarkan beberapa ciri baru seperti ‘Smart Address Bar’, kawalan ‘Bookmark’ yang lebih baik dan semestinya peningkatan kepantasan melayari laman web.

Jurutera-jurutera Mozilla menyenaraikan beberapa fakta nombor sebagai bukti Firefox 3 merupakan browser terpantas berbanding browser-browser lain yang ada di pasaran.

  • Jurutera Mozilla VP, Mike Schroepfer mendakwa Firefox 3 adalah 9.3 kali lebih pantas dari Microsoft Internet Explorer 7 dan 2.7 kali lebih pantas dari Firefox 2 untuk persembahan JavaScript.

[Read more]

Font Terbaik untuk Persembahan Power Point

May 20, 2008

Font memainkan peranan penting dalam menjayakan sesebuah persembahan (presentation). Selain background yang kemas teks persembahan seharusnya cukup besar dan mudah dibaca oleh penonton.

Disini beberapa panduan dari pakar-pakar dalam memilih font-font yang sesuai (jenis font + saiz) untuk persembahan Power Point.

Guy Kawasaki: Font mesti tidak kurang dari saiz 13 atau cari umur audiens yang paling tua dan bahagi dengan dua. Jawapan yang diperolehi adalah saiz optimal untuk persemabahn anda.

[Read more]

117 Command Pintas di Windows XP

May 9, 2008

Penggunaan ‘run’ (Windows+R) penting untuk mengakses beberapa utiliti di dalam Windows. Kadangkala pengguna mengunakannya sebagai jalan pintas untuk mengakses utiliti yang tersedia daripada menu “Start”. Contohnya Calculator boleh diakses menggunakan command ‘calc’, Notepad (’notepad’) dan Paint (’mspaint’). Tahukan anda terdapat 117 comand yang boleh digunakan untuk mengakses utiliti-utiliti di dalam Windows XP melalui pintasan ‘run’.

1. Accessibility Controls - access.cpl
2. Accessibility Wizard - accwiz
3. Add Hardware Wizard - hdwwiz.cpl
4. Add/Remove Programs - appwiz.cpl
5. Administrative Tools - control admintools

[Read more]

Tentukan arah Kiblat Secara Online

May 8, 2008

Jika dulu kita tentukan arah kiblat dengan menggunakan kompas kini sudah tersedia panduan kiblat secara online. Qiblalocator.com merupakan sebuah webiste untuk umat Islam menentukan arah kiblat dari sebarang tempat di seluruh dunia. Ia menggunakan teknologi Google Map dengan penambahan garis pandu arah kiblat di tengah-tengah peta.

[qiblalocator.com]

Rebutlah pelbagai hadiah menarik di HongKiat sepanjang Mei

May 4, 2008

Pelbagai hadiah menarik boleh diperolehi daripada Hong Kiat sepanjang bulan MEI ini. Nilai taruhan Hong Kiat untuk promosi kali ini ialah sekitar USD750 @ RM2400. Diantara hadiah-hadiah menarik yang bakal diperolehi ialah FlashLoaded 3DWall, ColorSchemer Studio, tema Premium WordPress, dan webhosting.account .

Untuk memenangi hadiah-hadiah ini, anda hanya perlu melanggani Hongkiat RSS Feed dan perhatikan “Free Giveawaylink” di bawah feed reader anda. Anda hanya perlu menjadi peserta yang terpantas mengisi maklumat yang diperlukan untuk memenagi hadiah hadiah tersebut. Link yang pertama akan muncul di RSS reader anda ialah pada 7/05/2008 dan setiap hari rabu yang berikutnya sepanjang bulan Mei ini.

Mylasia 20 sen

Pemberian hadiah-hadiah percuma merupakan salah satu teknik yang teramat bagus untuk mempromosikan blog dan secara tidak langsung meningkatkan para pembaca RSS Feed anda. Ini juga merupakan salah satu cara terbaik untuk menghargai para pembaca yang setia. Mungkin bila sampai masanya nanti mylasia.net juga akan mengapliaksikan teknik ini.

Muat Turun Windows XP Service Pack 3 Sekarang

April 29, 2008

Windows XP Service Pack 3 kini boleh dimuat turun dari hos pelayan Microsoft’s Windows Update walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Microsoft.

[Read more]