BenQ rangkul reka bentuk terbaik
December 13, 2008
BENQ memperlihatkan keunggulannya setelah tiga produknya terpilih untuk merangkul anugerah reka bentuk terbaik baru-baru ini.
Lebih membanggakan, tiga produk tersebut iaitu monitor LCD M2200W 16:9, TV LCD V37 37 inci dan komputer riba Joybook P53 keluaran BenQ itu telah dipilih untuk meraih anugerah tersebut daripada 3,023 penyertaan produk-produk lain.
Menurut Ketua Pegawai Reka Bentuk BenQ, Manfred Wang, Pusat Reka Bentuk Gaya Hidup BenQ telah memberi sepenuh dedikasi dalam usaha mereka cipta produk bukan hanya sekadar untuk kelihatan menarik sahaja.
“Malah, berteraskan kaji selidik BenQ yang dijalankan ke atas tingkah laku pengguna, permintaan dari senario yang berlaku serta kemunculan trend terkini sekali gus telah membuatkan kami untuk menggabungkan nilai estetika serta fungsi yang diyakini perlu disatukan bagi sesebuah produk itu. [Read more]
SONY VAIO Pintar Dan Bergaya
August 31, 2008
SIRI rangkaian komputer riba Sony Visual Audio Intellingent Organizer atau VAIO diperhebatkan lagi dengan kehadiran tiga model terbaru iaitu VAIO Z, VAIO SR dan VAIO SR.
Kesemua model berkenaan merupakan barisan terkini siri pembuatan VAIO yang dilengkapi dengan fungsi pintar, reka bentuk bergaya yang dicipta khusus bagi memenuhi keperluan mobiliti komputer masa kini.
Rangkaian komputer riba VAIO terbaru ini membuktikan komitmen Sony dalam menawarkan komputer riba yang memenuhi keperluan pengguna masa kini sekali gus mencerminkan personaliti dan keperibadian seseorang pengguna itu. [Read more]




Recent Comments