Isu Semasa
Skim pencen pekerja swasta dirangka
Skim pencen pekerja swasta dirangka
PETALING JAYA 14 Mac – Kementerian Sumber Manusia sedang merangka beberapa skim bantuan termasuk skim pencen pekerja swasta, warga emas dan mereka yang bekerja sendiri selain bantuan untuk mereka yang diberhentikan kerja.
Menterinya, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya menjangkakan beberapa skim perlindungan untuk pekerja swasta itu dapat dibentangkan di Dewan Rakyat seawal pertengahan tahun depan.
Tegasnya, skim pencen pekerja swasta merupakan antara komitmen jangka panjang kementerian dalam menjaga kebajikan pekerja di negara ini yang sedang dikaji pelaksanaannya.
“Kerajaan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
GST bukan model sistem cukai terakhir
GST bukan model sistem cukai terakhir
IPOH 14 Mac – Rakyat perlu faham bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bukanlah model sistem cukai terakhir yang akan diperkenalkan negara, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Bagaimanapun beliau berkata, seperti juga Model Ekonomi Baru, GST merupakan konsep terkini yang dibawa oleh kepimpinan negara untuk kebaikan semua rakyat.
“Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan, matlamatnya adalah untuk kebaikan rakyat, itu yang kita perlu pegang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perpustakaan Desa Rancangan Perumahan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula
RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula
PASIR PUTEH 14 Mac – Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) bercadang akan menaikkan kadar bantuan tanaman semula getah tua daripada RM7,000 kepada RM10,000 bagi setiap hektar tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohd. Zuki Wan Mohamad berkata, bantuan tanaman semula sekarang sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar sudah tidak mencukupi berasaskan kos pengendalian semakin meningkat.
“Ini termasuk bahan-bahan import, upah tenggala, benih dan racun,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Penerangan Pembasmian Kemiskinan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
RM37j pindah tanah
RM37j pindah tanah
IPOH 14 Mac – Kos pindah milik tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Sepetang, Taiping kepada kerajaan negeri bernilai RM37 juta diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan tersebut dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan tanah untuk kegunaan kereta api.
Bagaimanapun, menurut beliau, pihaknya bersedia untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri Perak dalam usaha menangani masalah pindah milik tanah itu.
“Kementerian sedia berunding untuk mencari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah ini, tetapi ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pekung PKR semakin terdedah
Pekung PKR semakin terdedah
SELAMA ini, apa juga yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering sahaja dianggap berunsur politik.
Walaupun yang didedahkan atau dinyatakan itu satu kebenaran, namun ia dilihat hanyalah hujah-hujah politik. Tidak kira apa pun isu sama ada impian 16 September, pentadbiran parti yang kucar-kacir, terlalu tunduk kepada DAP dan tiada lagi perjuangan untuk orang Melayu dan Islam, semuanya berjaya ‘ditutup’ melalui penafian oleh kepimpinan PKR.
Tetapi ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Mengekang jenayah siber
Mengekang jenayah siber
JENAYAH siber kini berlaku pada setiap 0.25 saat dengan setiap seorang daripada lima pengguna Internet berisiko menjadi mangsanya. Tempat paling mudah bagi jenayah siber berlaku adalah melalui laman-laman web sosial.
Biarpun banyak kejadian jenayah siber dilaporkan di media, tidak ramai yang memberikan perhatian untuk mengambil langkah berjaga-jaga daripada menjadi mangsa jenayah siber. Ini mungkin kerana sebahagian besar pengguna Internet berpendapat individu di alam siber tidak dapat melihat mereka secara fizikal.
Ketua Bisnes bagi rantau Asia Selatan Norton, Effendy Ibrahim berkata, ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak
Hukuman setimpal mereka yang kahwin budak
SYUKUR alhamdulillah, Siti Nur Zubaidah Hussin, 11, budak yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 41 tahun akhirnya ditemui di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur kelmarin. Selepas dua minggu menjadi ‘isteri’ kepada Shamsuddin Che Derahman, Siti Nur kini boleh kembali ke pangkuan keluarga dan lebih penting, dapat meneruskan persekolahan seperti mana rakan-rakan sebayanya yang lain.
Pada usia itu, Siti Nur sepatutnya menikmati alam persekolahan dan bergaul dengan rakan sebaya, bukannya terpaksa memikul tugas ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
BISIK-BISIK WANG SELAMAT
BISIK-BISIK WANG SELAMAT
AWANG amat kesal dengan sikap pengusaha kedai makanan yang masih enggan mendapatkan sijil halal daripada Jakim, walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat.
Lebih ironis, ia membabitkan sebahagian besar kedai kopi berkonsep kopitiam yang menjadi tempat persinggahan popular orang ramai termasuk umat Islam di negara ini.
Keengganan mereka ini menimbulkan rasa curiga kepada kita?
Bagi orang Islam sekiranya timbul kecurigaan seperti itu, maka wajib bagi mereka menghindari tempat berkenaan.
Kerajaan tidak ada kuasa untuk memaksa setiap kopitiam mendapatkan sijil halal Jakim kerana tiada peruntukan ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Jalur lebar kelajuan tinggi di Lembah Klang mula bulan ini
Jalur lebar kelajuan tinggi di Lembah Klang mula bulan ini
KUALA LUMPUR 15 Mac – Rakyat Malaysia, yang ketika ini merupakan antara pengguna Yahoo!, Friendster, Facebook dan blog terbesar di Asia, boleh berharapkan kepada lebih banyak aplikasi definisi tinggi dengan pelancaran jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) di Lembah Klang bermula bulan ini.
Sebanyak 27 kawasan di Lembah Klang akan dilengkapkan dengan HSBB dalam tempoh dua tahun, dengan pelancaran awal di Bangsar, Taman Tun Dr. Ismail, Shah Alam dan Subang Jaya yang dianggap ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kabinet teliti rang undang-undang ISA Jumaat – Hisham
Kabinet teliti rang undang-undang ISA Jumaat – Hisham
KUALA LUMPUR 15 Mac – Cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diteliti oleh Kabinet pada Jumaat ini sebelum boleh dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, walaupun draf rang undang-undang itu telah siap, ia mesti terlebih dahulu diserah kepada Kabinet untuk diluluskan.
“Saya berharap pindaan ISA dapat dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini, namun jika tidak dapat dilakukan kita akan kembali kepada ..read more 15Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued