Anak kera disusukan anak sendiri mati kelaparan?
September 7, 2008
SELURUH umat Melayu terkedu dengan tindakan Menteri Besar (MB) Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina. Kononnya supaya sekolah-sekolah Cina tersebut dapat memajukan tanah tersebut bagi menambahkan pendapatan sekolah!
Tindakan MB Perak itu menjelaskan jawatannya sebagai boneka DAP. Lebih dikesalkan lagi menerusi sidang akhbar beliau, MB Perak tersebut membuka ruang kepada seorang Exco DAP mempersoalkan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sebelumnya telah menganugerahkan tanah untuk pembinaan sebuah kolej Islam. [Read more]
Dr. Mahathir persoal kenapa Melayu sahaja perlu minta maaf
September 4, 2008
PUTRAJAYA 4 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.
Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.
”Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.
”Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.
”Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat,” katanya dalam laman blognya, www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
”Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
”Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut,” katanya. [Read more]
Sekitar Permatang Pauh- P44
August 25, 2008
Anwar Terima RM60 juta?
August 23, 2008
BUKIT MERTAJAM 23 Ogos - Bekas sahabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa Anwar telah menerima wang sebanyak RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian iaitu Magnum Corporation Bhd. “Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri. Saya tidak tahu apa dia buat dengan wang itu, tetapi dia memutar kata-kata menuduh saya yang ambil wang itu,” katanya.
Awas hari Rabu!
May 10, 2008
[Agendadaily.com] - Seramai 17 Ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan hampir pasti akan menyertai pakatan pembangkang, Rabu ini.
Menurut sumber yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak dipercayai, perkara itu bukan lagi perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebaliknya satu perkara akan menjadi kenyataan.
Malah menurut sumber itu, seorang ahli perniagaan dari Kuala Lumpur yang bergelar Tan Sri dikatakan terlibat di dalam urusan antara Anwar dan para Ahli Parlimen yang berkenaan.
Sumber itu berkata majoriti dariapda 17 Ahli Parlimen BN yang akan menyertai pakatan pembangkang adalah dari Sabah.
[Read more]
‘TIME’ Senarai Anwar Ibrahim Antara 100 Orang Berpengaruh Dunia
May 2, 2008
Beliau tiada dalam Parlimen dan masih meneruskan perjuangannya sebagai pembangkang di Malaysia tetapi majalah Time telah memilih Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai antara 100 orang yang berpengaruh di dunia untuk tahun 2008.
Dr Mahathir Buka Blog
May 1, 2008
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai beberapa ahli politik menggunakan laman blog untuk menyatakan pandangan apabila beliau mempunyai laman blog sendiri www.chedet.com.
Dalam tulisan sulung di blognya beliau mempersoalkan tindakan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim kerana ia memerlukan sokongan pembangkang.
Parlimen Malaysia ibarat lorong belakang Chow Kit
April 30, 2008
Parlimen Malaysia telah memulakan persidangan ke-12 pada 29/4/08. Upacara angkat sumpah telah pun selamat dijalankan. Hampir setengah abad bersidang. Parlimen Malaysia sepatutnya sudah matang ibarat kata Karam Sing Walia “makin tunduk padi makin berisi” tetapi kusangkakan panas hingga kepetang rupa-rupanyan belum pun hujan banjir kilat dah pun melanda. [Read more]
Antara Khairy-PakLah, Izzah-Azizah, Karpal-Gobind, Kit Siang-Guan Eng
April 30, 2008
Kedatangan Khairy didalam dunia politik tanah air telah mengundang pelbagai spekulasi. Ramai yang mengatakan Khairy seorang yang boleh mengubah pendirian Pak Lah malahan ramai yang megangap kekalahan barisan nasional pada pilihanraya ke 12 baru-baru ini disebabkan oleh sikap Khairy yang memonopoli pendirian dan keputusan pimpinan Pak Lah. Isu ini telah digunakan sebaiknya oleh kem pembangkang didalam meraih undi yang menyebabkan kerajaan kehilangan Pulau Pinang,Kedah,Perak dan Kelantan. [Read more]







Recent Comments