Kesihatan
Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan
Rawatan sakit belakang tanpa pembedahan
Saya tidak mahu dibedah untuk pulihkan masalah sakit belakang saya. Saya takut jika pembedahan itu tidak berjaya dan saya lumpuh. Saya tidak yakin sanggup menanggung akibatnya,” kata Siti Ismail, seorang wanita bertubuh kecil yang aktif bersukan mewakili tempat kerjanya, seperti badminton dan ping pong.
Sakit belakang yang dialaminya sejak beliau mengangkat sebuah pasu bunga berat, kini merupakan kebimbangan utamanya.
Selepas bertemu dengan beberapa pakar ortopedik, pakar neurologi serta pengamal perubatan alternatif, Siti yakin bahawa sakit belakang beliau boleh ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kawal kencing manis elak CKD
Kawal kencing manis elak CKD
HARI Buah Pinggang Sedunia yang disambut pada 12 Mac setiap tahun di seluruh dunia merupakan kempen kesedaran kesihatan peringkat global yang memberi tumpuan kepada kesedaran tentang kepentingan penjagaan buah pinggang.
Ini kerana lebih daripada 500 juta individu di seluruh dunia menderita akibat masalah organ terpenting itu dan meninggal dunia sebelum waktunya disebabkan penyakit kardiovaskular yang dikaitkan dengan penyakit buah pinggang kronik (CKD).
Punca utama CKD adalah kencing manis dan tekanan darah tinggi yang gagal dikawal dengan baik.
Apabila ..read more 9Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Pembedahan kosmetik cara baru
Pembedahan kosmetik cara baru
ROSE (bukan nama sebenar) merasakan tubuhnya belum kelihatan cantik. Dengan penuh yakin, dia memilih untuk menjalani rawatan sedut lemak. Walaupun berbelanja besar, dia ingin mencari doktor yang benar-benar ada kepakaran dan pengalaman.
Langkahnya laju menuju ke Pusat Perubatan Prince Court yang terletak di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Di sana, dia mendapati bukan sahaja wanita berminat melakukan pembedahan kosmetik termasuk sedut lemak, lelaki juga ada keberanian yang sama. Ternyata teknologi itu menjadi buruan lelaki dan wanita ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Makanan seimbang jaga buah pinggang
Makanan seimbang jaga buah pinggang
Petah dan lincah. Gaya tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail, 52 yang lebih mesra dengan panggilan Chef Wan ternyata mencuit hati hadirin. Di saat semua orang membincangkan isu serius tentang sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (WKD) 2010, Chef Wan menceriakan suasana.
Namun, di sebalik gelak ketawa Chef Wan, dia sendiri mempunyai pengalaman yang boleh dikongsi dengan pesakit lain. Atas kedegilan dan sikap tak acuh dalam menjaga pemakanan, bapa Chef Wan disahkan menghidap kencing manis.
“Sudah menjadi budaya ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ketahui DHA minyak ikan selamat
Ketahui DHA minyak ikan selamat
Jika anda pergi ke pasar raya untuk mencari susu formula bayi, anda akan lihat kebanyakan jenama mempunyai perkataan “DHA” tertulis pada pelekatnya. Kemudian jika anda berjalan beberapa langkah lagi anda dapat lihat kotak-kotak yang mengandungi telur ayam pun mempunyai perkataan yang sama tercetak padanya. Anda hairan mengapa DHA dimasukkan ke dalam makanan ini. Jawapannya wajar diperhatikan terutama sekali bagi wanita yang mengandung.
DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Rosyam hibur setiausaha
Rosyam hibur setiausaha
Peranan setiausaha bukan sekadar menjaga hal peribadi bos tetapi telah berkembang menjadi kerjaya yang cukup dikagumi dan menuntut komitmen serta ketelusan.
Setiausaha bukan sekadar jawatan yang pada dasar menjaga rutin ketuanya sehari suntuk tetapi turut menuntut kesetiaan, kerajinan dan pelbagai lagi faktor lain. Ibaratnya, kejayaan seseorang ketua juga berkait rapat dengan keserasiannya berganding bahu bersama setiausaha.
Sempena Minggu Setiausaha yang akan disambut pada bulan depan, menjadi kelaziman setiausaha dihargai. Jika biasanya setiausaha dibawa ke majlis makan malam sambil berhibur ..read more 7Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Ekstrak habatussauda dalam produk kesihatan
Ekstrak habatussauda dalam produk kesihatan
SEJAK dahulu, tumbuhan habatussauda atau nama saintifiknya Nigella sativa telah terkenal dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan manusia.
Dikenali sebagai jintan hitam oleh penduduk negara ini, penanamannya banyak dijalankan di kawasan Mediterranean yang mempunyai iklim gurun.
Ia termasuk di Sri Lanka, Sudan, Iran, Yaman, Itali, Greece dan juga India.
Mengambil peluang memperluaskan kajian dan penyelidikan mengenai tumbuhan itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru telah memperkenalkan produk makanan tambahan berasaskannya.
Dikenali sebagai Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF), ia merupakan produk nutraseutikal ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Kopi atau viagra
Kopi atau viagra
PERNAHKAH anda menikmati kopi yang dijual di kedai mamak ataupun di mana-mana gerai dengan harga RM5 hingga RM6 secawan? Tidakkah anda terfikir bahawa harga tersebut jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan harga biasa iaitu sekitar RM1?
Apakah yang membuatkan perbezaan harganya begitu ketara? Adakah disebabkan kopi itu sendiri yang berkualiti ataupun bahan-bahan lain yang dicampur bersama?
Jika dilihat daripada senario tersebut, ternyata kopi yang dijual adalah kopi-kopi jenama tertentu yang dikatakan sebagai penguat tenaga batin atau syahwat.
Tetapi sejauh manakah kenyataan ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat
Berkongsi tuala boleh jangkit ketuat
BOLEH dikatakan setiap daripada kita menghadapi masalah ketuat di bahagian tubuh. Biasanya ketuat tersebut tidak mengganggu dan ada juga yang boleh hilang sendiri tanpa perlu dibuang menerusi pembedahan.
Ketuat juga boleh berlaku pada kanak-kanak, untuk pengetahuan anda, ketuat berpunca dari sejenis jangkitan kuman pada kulit yang tergolong dalam kumpulan human papillomavirus (HPV).
Kuman ini boleh dijangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, namun ia lebih serasi untuk timbul di bahagian yang lembap, sedikit panas atau boleh jadi juga di ..read more 6Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued
Sokongan keluarga tangani komplikasi Parkinson
Sokongan keluarga tangani komplikasi Parkinson
YAH mula terlihat orang kerdil yang mempunyai wajah hodoh dan kulit hitam (halusinasi visual). Kadangkala, ayah ternampak wajah ibu bapanya yang telah meninggal, bersama-sama dengan orang kerdil tersebut.
”Orang-orang kerdil itu biasanya berkumpul di balkoni rumah dan bercakap-cakap antara satu sama lain dengan suara ganjil. Disebabkan ketakutan, ayah bersembunyi dalam bilik tidur sepanjang hari, sambil mengunci kesemua tingkap dan menurunkan langsir,” cerita Ebby Loo tentang penyakit yang dihadapi bapanya.
Mungkin tidak ramai yang sudi berkongsi cerita mengenai ..read more 1Mar2010 | MYLASIA | 0 comments | Continued