KD pakai cincin pemberian Raul
KD pakai cincin pemberian Raul
DUGAAN Atha, isteri Raul seolah-olah tepat. Atha pernah menyatakan rasa tidak percayanya pada pengakuan Krisdayanti (KD) yang hubungannya dengan Raul sudah berakhir. Bagi Atha pengakuan KD itu hanya bertujuan meredakan keadaan sahaja.
KD sehingga kini masih dilihat memakai cincin pemberian Raul. Menafikan cincin tersebut sebagai cincin pertunangan, sebaliknya mengakui cincin itu adalah hadiah daripada Raul.
“Saya masih setia dengan cincin ini. Cincin ini diberi oleh Raul. Ini cincin hadiah. Tapi kerana unik dan saya suka. Saya memakainya dan masih mencintainyai, Insya-Allah,” ungkap KD.
KD juga mengakui pintu hatinya masih terbuka dan menerima Raul semula jika masalahnya bersama Atha dapat diselesaikan.
Katanya, dia tidak menyakiti dan membebani perasaan orang lain. Kalau Raul sudah berstatus duda, maka KD rela untuk meneruskan hubungan sehingga ke tahap pernikahan.
Apa yang sedang dilalui oleh KD sekarang turut disokong oleh kakaknya Yuni Shara. Kata Yuni, dia percaya pada pilihan KD kerana selepas gagal dia tidak mungkin akan melakukan kesilapan sekali lagi. Dia sentiasa memberi sokongan moral terhadap pilihan adiknya itu.
Menurut Yuni, Raul yang berasal dari Timor Leste penuh dengan sifat tanggungjawab.
Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Nak pakai tudung Nak pakai tudung CANTIK bagai pinang dibelah...
- Anti wanita berskirt pendek Anti wanita berskirt pendek Bagi gadis-gadis yang...
- Cari pendekatan terbaik laksana pemberian subsidi Cari pendekatan terbaik laksana pemberian subsidi ...
- Polis tahan gadis pakai seluar ketat BANDA ACEH – Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai...
- Kerajaan kaji pemberian wang ihsan kepada Kelantan Kerajaan kaji pemberian wang ihsan kepada Kelantan ...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

