Lantik peguam pantau Hairie

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Lantik peguam pantau Hairie


BELUM pun menjengah pawagam, filem kolaborasi dua pengarah, Hairie Othman dan Ed Zarith Lokman iaitu 2 Alam mencipta kontroversi ‘panas’ akhir-akhir ini.

Segalanya bermula apabila pengarah blok pertama filem itu iaitu Hairie mengeluarkan kenyataan pada media bahawa dia masih belum menerima bayaran sedangkan telah menyiapkan kerja-kerja rakaman lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja malah, baru-baru ini dalam laporan Pancaindera (siaran 7 Februari lalu) ada ‘orang dalam’ produksi yang menggambarkan bahawa Hairie seolah-olah menimbulkan pelbagai masalah di lokasi rentetan kosong pengalaman dalam bidang pengarahan.

Apakah sebenarnya yang berlaku?

Pada majlis sidang akhbar yang berlangsung di Cathay, Cineleisure, The Curve, Damansara baru-baru ini, penerbitnya, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din dan Imran Ismail masing-masing menjawab pelbagai spekulasi berhubung kontroversi yang melanda filem tersebut.

“Tiada kontroversi yang melanda semuanya baik-baik sahaja. Juga tiada masalah dari segi pembayaran.

“Apa yang boleh saya beritahu, kebanyakan pelakon sudah mendapat bayaran awal secara tunai,” itu jawapan Rozmey mengenai kemelut yang melanda filem pertama terbitannya.

Tambahnya, tidak timbul permasalahan berkaitan air tangan dua pengarah dalam filem tersebut kerana sedari awal baik Hairie mahupun Zarith telah diberitahu tentang blok pengarahan masing-masing.

Malah, Imran yang ditemui pada majlis yang sama ketika mengulas permasalahan yang berlaku memberitahu, tiada unsur mengenepikan sesiapa sepanjang proses pembikinan filem tersebut kerana telah dimaklumkan tugasan masing-masing sedari awal.

“Apa yang menjadi hal sekarang saya yang menerima refleksi daripada kontroversi yang tercetus.

“Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan. Namun pihak produksi telah melantik peguam untuk memantau apa-apa kenyataan Hairie kepada media dan jika ada kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan label Dr. Rozmey mahupun Dr. Movie Production, dia perlu menarik semula dalam masa 24 jam.

“Dan sekiranya dalam tempoh tersebut dia gagal berbuat demikian, saya akan menyamannya,” jelas Imran.

Filem tersebut mengisahkan Adam, melakukan pembedahan jantina dan menukar identitinya kepada Amy.

Biarpun merupakan artis yang dilimpahi cahaya glamor, Amy gagal mengawal emosi akibat konflik cinta dengan teman lelakinya, Juan Agustin.

Kerana tekanan hidup dan dilema menukar jantina, dia akhirnya membuat keputusan membunuh diri dengan menggantung diri.

Namun, kisah tidak terhenti di situ. Pelbagai masalah timbul sepanjang proses menguruskan jenazah Amy sehingga memaksa jemaah bertungkus lumus mengkebumikan jenazahnya biarpun sudah menjelang malam.

RM12 juta bukan omongan

Elemen seram yang menginsafkan secara tidak langsung timbul dibantu paparan imbas semula kisah di sebalik kehidupan Adam yang menukar diri kepada Amy.

Selain memberi kelainan, jelas Rozmey, filem itu satu usaha dalam memacu jenama Dr. Rozmey ke tahap yang lebih membanggakan.

Justeru apabila dirinya sendiri mensasarkan kutipan pecah panggung RM12 juta biarpun baru pertama kali bergelumang dengan dunia penerbitan filem, usahawan produk pelangsingan badan Jus Mate 5 (JM5) itu seboleh mungkin optimis mampu mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan.

Menempatkan jenama Dr. Rozmey di tahap yang tinggi, katanya, tiada alasan untuk dirinya positif menetapkan aras yang cukup selesa untuk filem tersebut.

“Saya telah sediakan platform untuk krew dan pelakon berkarya. Kalau timbul masalah, ia hanya melibatkan masalah peribadi yang saya anggap perkara remeh temah kerana membuat filem adalah kerjasama satu pasukan.

“Kejujuran adalah penting. Misi jujur itu sendiri bagi saya kemudiannya bakal memberi manfaat untuk semua orang.

“Apa yang pasti sasaran RM12 juta bukan omongan kosong bagi saya kerana aura Dr. Rozmey sudah diserap oleh semua krew filem ini dan bagi saya tiada yang tidak boleh walaupun saya menongkah arus untuk cuba mencipta keajaiban,” katanya lagi.



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Pemuda UMNO lantik peguam bela wanita Malaysia di Itali Pemuda UMNO lantik peguam bela wanita Malaysia di...
  2. Kerajaan diminta pantau para peniaga Kerajaan diminta pantau para peniaga KUALA LUMPUR...
  3. Simpati kepada Nabil Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Peguam tolak permohonan pendakwa panggil Naomi Campbell Message from Five Filters: If you can, please donate to...
  5. Masa membataskan segalanya – Nancie Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline