Matt Damon jadi Robert Kennedy

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Matt Damon jadi Robert Kennedy
KALAU disebut tentang filem biografi, beberapa kriteria harus diambil kira bagi memastikan ia benar-benar memberi impak yang besar kepada audiens.
Baik dari segi jalan cerita mahupun pelakon yang dipilih membintangi filem berkenaan, semuanya memainkan peranan penting untuk menjadikannya sebagai sebuah filem yang baik.
Jika tidak kena pada tempatnya, tidak mustahil ia akan menjadi sebuah filem yang akan dikritik hebat dan gagal di pawagam.Harus diakui, antara faktor utama yang mampu menarik audiens menonton sebuah filem biografi adalah populariti pelakon itu sendiri yang kemudiannya menzahirkan watak sebenar ke layar perak.Lalu, apabila nama aktor terkenal, Matt Damon dipilih untuk membawakan watak Robert F. Kennedy, ramai yang melihatnya sebagai satu tindakan bijak dan tepat.Damon memiliki segala-galanya – populariti dan kredibiliti lakonan yang tidak perlu disangkal lagi.
Menurut Deadline Hollywood, filem yang diarahkan oleh Gary Ross itu diadaptasi daripada buku tulisan Evan Thomas yang berjudul Robert Kennedy: His Life.Filem itu nanti akan menceritakan kehidupan awal Kennedy serta kisah di sebalik jentera kempen bagi menjawat jawatan Presiden pada tahun 1960 dan 1968.Bukan itu sahaja, kisah-kisah seperti krisis peluru berpandu Cuba termasuk perbalahan di antara dirinya dengan J. Edgar Hoover dan Lyndon Johnson sehinggalah pembunuhannya pada tahun 1968.Sebelum ini, sebuah filem tentang detik-detik terakhir sebelum Kennedy dibunuh berjudul Bobby pernah diterbitkan pada tahun 2006 dan dibintangi oleh nama-nama besar di Hollywood.Tanggungjawab untuk mengangkat kisah tersebut ke layar perak diserahkan Steven Knight yang juga mengadaptasi novel terbaru karya Dan Brown, The Lost Symbol.Buat masa ini, masih lagi tiada pengesahan barisan pelakon yang lain serta tarikh penggambaran dan tayangan untuk filem ini.
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Damon, Law bintangi filem Soderbergh Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Christopher Nolan jadi mentor Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Tuah Inglourious Basterds buat Waltz Tuah Inglourious Basterds buat Waltz SEMALAM,...
- Robert Lau meninggal dunia akibat kanser Robert Lau meninggal dunia akibat kanser SIBU...
- Wee Ka Siong hendak saman Robert Phang Wee Ka Siong hendak saman Robert Phang ...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

