10 maut bas ekspres terbabas

10 maut bas ekspres terbabas


Ipoh 26 Dis. – 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.

Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya.

Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah.

Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.

Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.

Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:

1. Noor Jismi Noordin (Kangar).

2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).

3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).

4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).

5. Shaharin Mohd Noor (Klang).

6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).

7. Supiah Adam (Klang).

8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).

9. Ng Kah Kit (Alor Setar).

10. Shaharin Mohd Noor (Klang).

- Utusan



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. 1 maut, 2 cedera kereta terbabas di Cameron Highlands 1 maut, 2 cedera kereta terbabas di Cameron...
  2. 10 Maut, Dua Cedera Bas Rempuh Pembahagi Jalan di Perak IPOH: Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan...
  3. Pemandu maut, van rempuh belakang lori dekat Tapah Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut penumpang cedera Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut penumpang cedera ...
  5. 10 dikhuatiri maut bas ekspres terbabas Five Filters featured article: Chilcot Inquiry....

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline