14 maut dalam nahas jalan raya semalam

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

14 maut dalam nahas jalan raya semalam


KUALA LUMPUR, 16 Feb. — Hari kesembilan Ops Sikap ke-21 semalam mencatatkan 14 lagi kematian dengan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan mangsa korban teramai apabila menyumbang kepada 11 kes di seluruh negara.

Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supt Rasdi Ramli berkata tiga kematian lagi membabitkan pengguna kereta dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 136 orang.

Lima kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, empat di jalan negeri, tiga di jalan bandaran dan satu di lebuh raya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 302 kes diikuti jalan persekutuan (294 kes), jalan negeri (170 kes), lebuh raya (71 kes) dan jalan-jalan lain (48 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 885 kes.

Katanya dalam operasi semalam, sebanyak 13,014 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-21 yang bermula Ahad lepas sempena Tahun Baru Cina akan berakhir pada 21 Feb depan. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. 4 terkorban hari ke-12 Ops Sikap ke-21, jumlah 172 Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  2. Kematian di jalan raya KL meningkat 38% Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya...
  3. Ops Sikap: 28 terkorban pada hari ke-8, jumlah 105 Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Suami isteri maut dalam nahas babitkan dua kereta Suami isteri maut dalam nahas babitkan dua kereta...
  5. Empat termasuk tiga doktor pelatih maut nahas di Sabah Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline