17 terkorban dalam serangan misil AS di Pakistan
17 terkorban dalam serangan misil AS di Pakistan
MIR ALI, Pakistan 17 Dis. – Dua serangan misil Amerika Syarikat (AS) yang bertubi-tubi mensasarkan kawasan al-Qaida dan kubu utama Taliban di sepanjang sempadan Pakistan dan Afghanistan hari ini telah menyebabkan 17 orang terbunuh, menurut pegawai penyiasat tempatan.
Serangan terbaru itu dilakukan ketika keadaan politik di Pakistan dikatakan tidak stabil, dengan Presiden Asif Ali Zardari kini berhadapan dengan gesaan supaya beliau meletakkan jawatan selepas Mahkamah Agung menggugurkan pengampunan yang telah melindunginya daripada tuduhan rasuah.
Serangan misil itu dilakukan hari ini di Utara Waziristan, syurga bagi kebanyakan militan termasuk kumpulan yang berusaha untuk menyingkirkan AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) keluar dari Afghanistan.
Menurut mereka, serangan kedua kemudiannya melibatkan lima buah pesawat pejuang sebelum membedil menggunakan 10 buah misil. – AP
fivefilters.org featured article: Normalising the crime of the century by John Pilger. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Dua terbunuh dalam serangan misil di Pakistan Dua terbunuh dalam serangan misil di Pakistan ...
- 22 terbunuh dalam serangan hendap militan di Pakistan 22 terbunuh dalam serangan hendap militan di Pakistan...
- Pakistan bimbang serangan Taliban Pakistan bimbang serangan Taliban PESHAWAR, Pakistan 30...
- 42 pemberontak maut dalam serangan jet pejuang Pakistan Message from Five Filters: If you can, please donate to...
- Rumah Putih kutuk serangan Taliban Rumah Putih kutuk serangan Taliban AIR FORCE...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

