29 ditahan termasuk tujuh wanita `berpesta dadah’

29 ditahan termasuk tujuh wanita `berpesta dadah’


BENTONG 21 Dis. — Seramai 29 rakyat tempatan termasuk tujuh wanita ditahan kerana berpesta “dadah” di dua blok Pangsapuri Amber Court, Genting di sini dua hari lepas.

Dalam serbuan pertama di Tingkat 6, Blok A pangsapuri itu oleh cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, polis menahan sembilan lelaki dan seorang wanita berumur antara 19 dan 25 tahun pada kira-kira 2.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Rosli Abdul Rahman berkata, tiga daripada mereka adalah pelajar kolej swasta manakala tujuh lagi sudah bekerja termasuk tiga orang penjawat awam ditahan ketika dalam keadaan khayal.

“Ujian air kencing ke atas mereka, polis mendapati sembilan lelaki terbabit adalah positif ganja manakala wanita yang juga pelajar itu didapati negatif dadah dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 26 Dis ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Pelakon lelaki ditahan enggan jalani ujian dadah Pelakon lelaki ditahan enggan jalani ujian dadah ...
  2. Tujuh ditahan berhubung baling bom ke gereja Tujuh ditahan berhubung baling bom ke gereja ...
  3. Tujuh anggota polis Terengganu disiasat kes dadah Tujuh anggota polis Terengganu disiasat kes dadah ...
  4. Dua penyamun jadikan wanita sebagai sasaran ditahan Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  5. Pemain gitar ditahan kerana disyaki mengedar dadah Pemain gitar ditahan kerana disyaki mengedar dadah ...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline