39 maut selepas masjid dibom di Somalia

39 maut selepas masjid dibom di Somalia


MOGADISHU 1 Mei – Dua letupan di sebuah masjid di ibu negara Somalia, Mogadishu hari ini mengorbankan 39 penganut agama Islam dan mencederakan sejumlah yang lain termasuk seorang ahli kanan kumpulan pemberontak al-Shabaab yang mempunyai rangkaian dengan al-Qaeda.

Ia merupakan serangan kedua minggu ini ke atas sebuah masjid di Pasar Bakara, sebuah kawasan di Mogadishu yang didominasi oleh anggota dua buah kumpulan pemberontak utama di negara itu iaitu, al-Shabaab dan Hizbul Islam.

Serangan hari ini disasarkan ke atas masjid Abdalla Shideye yang digunakan oleh pegawai-pegawai al-Shabaab untuk menyampaikan ucapan.

Kebanyakan mereka yang terbunuh dikatakan merupakan anggota, pegawai dan komander kumpulan pemberontak itu.

Beberapa saksi mendakwa, seorang pemimpin kanan al-Shabaab, Fuad Mohamed Khalaf merupakan sasaran utama.

Khalaf, turut dikenali sebagai Fuad Shongole, merupakan antara senarai mereka yang dikehendaki oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana pembabitannya dalam konflik itu. – Reuters



Five Filters featured article: The Art of Looking Prime Ministerial – The 2010 UK General Election. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. 16 maut pertempuran pro-kerajaan dengan pemberontak 16 maut pertempuran pro-kerajaan dengan pemberontak MOGADISHU,...
  2. 12 terbunuh di Mogadishu 12 terbunuh di Mogadishu MOGADISHU 30 Jan....
  3. Tiga maut kereta dibom di Baghdad Tiga maut kereta dibom di Baghdad BAGHDAD...
  4. 42 pemberontak maut dalam serangan jet pejuang Pakistan Message from Five Filters: If you can, please donate to...
  5. 12 orang awam maut serangan roket NATO Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline