6 lagi maut dalam zon tunjuk perasaan
6 lagi maut dalam zon tunjuk perasaan
BANGKOK 20 Mei – Sekurang-kurangnya enam lagi mangsa yang terbunuh dalam kekacauan di Bangkok berada di sebuah tokong Buddha, Wat Pathum Vanaram, di dalam zon tunjuk perasaan.
Saksi-sakti memberitahu, tokong itu sepatutnya menjadi tempat perlindungan kepada penunjuk perasaan bagi menyelamatkan diri dari kekacauan jalanan tetapi kumpulan itu masih belum pasti keselamatan sekitarnya.
Beratus-ratus orang melarikan diri ke situ selepas tentera melancarkan serangan bagi menghentikan kebuntuan rusuhan politik yang tercetus sejak dua bulan lalu di ibu negara Thailand itu.
Seorang wartawan Kanada, Mark MacKinno yang berada di tokong itu berkata, keadaan masih bahaya dengan peluru dilepaskan sehingga satu gencatan senjata dirundingkan malam semalam.
Menurut seorang sukarelawan perubatan, Anan Thongniem, mangsa yang mati itu termasuk dua orang penunjuk perasaan, seorang ‘pengawal’ tunjuk perasaan dan dua orang doktor.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah kematian sehingga semalam mencecah sekurang-kurangnya 12 orang. – AP
Five Filters featured article: The Art of Looking Prime Ministerial – The 2010 UK General Election. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Remaja maut dalam tunjuk perasaan anti-India Remaja maut dalam tunjuk perasaan anti-India SRINAGAR,...
- Penduduk Palestin tunjuk perasaan sempena Hari Buruh Penduduk Palestin tunjuk perasaan sempena Hari Buruh ...
- Doktor Algeria tunjuk perasaan di depan pejabat PM Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- 16 maut dalam taufan Phet di Oman Message from Five Filters: If you can, please donate to...
- 14 maut dalam nahas jalan raya semalam Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

