9 Maut termasuk enam kanak-kanak dalam kebakaran di Amerika Syarikat
9 Maut termasuk enam kanak-kanak dalam kebakaran di Amerika Syarikat
STARKVILLE, Mississippi 28 Dis. – Sembilan orang termasuk sekurang-kurangnya enam kanak-kanak maut awal hari ini selepas sebuah apartmen terbakar, menurut pegawai.
Kebakaran itu dilaporkan berlaku pada waktu subuh, menurut Koroner Wilayah Michael Hunt.
Beliau dan pegawai bomba negeri, Mike Chaney telah mengesahkan kematian itu dan menurut Hunt, kanak-kanak yang terkorban itu dianggarkan berusia antara empat bulan hingga enam tahun.
Anggota bomba masih berada di tempat kejadian lebih enam jam namun punca kejadian masih belum dikenal pasti.
“Apa yang saya boleh katakan ialah, terdapat kebakaran di salah sebuah bangunan apartmen lama di situ,” kata Ketua Bomba Starkville, Rodger Mann.
‘Itu sahaja yang boleh saya katakan, apabila kecelakaan menimpa, semua pergerakan akan menjadi lebih perlahan,” katanya. – AP
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Popularity: 1% [?]
Related posts:
- Kanak-kanak enam tahun yang hilang ditemui selamat Kanak-kanak enam tahun yang hilang ditemui selamat ...
- Tujuh terbunuh dalam kebakaran lombong di China Tujuh terbunuh dalam kebakaran lombong di China ...
- Enam mati pusat kitar semula terbakar di China Message from fivefilters.org: If you can, please donate to...
- Warga emas maut dalam kejadian langgar, lari Warga emas maut dalam kejadian langgar, lari ...
- Empat termasuk tiga doktor pelatih maut nahas di Sabah Message from fivefilters.org: If you can, please donate to...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.