Abu Zahar angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara

Abu Zahar angkat sumpah Yang Dipertua Dewan Negara


KUALA LUMPUR 26 April – Bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak), Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-16.

Beliau yang menggantikan Datuk Wong Foon Meng mengangkat sumpah sebaik sahaja persidangan bermula pada pukul 10 pagi.

Beliau memulakan kariernya pada 1964 sebagai Inspektor Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Penguasa Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pada 1979.

Pada 1980 hingga Jun 1986, Abu Zahar meneruskan profesion guaman di ibu kota sebelum terpilih sebagai ADUN Pilah dan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan.

Pada 1991, beliau mempertahankan kerusi DUN berkenaan sebelum dipilih sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah selama satu penggal bermula 1995 hingga 1999. – Utusan



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Pelantikan YDP Dewan Negara baru, 26 April Pelantikan YDP Dewan Negara baru, 26 April ...
  2. Awasi pelampau politik yang bahayakan negara – Ezam Awasi pelampau politik yang bahayakan negara – Ezam...
  3. Nik Sapeia lafazkan sumpah Nik Sapeia lafazkan sumpah KOTA BHARU...
  4. Corat-coret dari Dewan Negara Corat-coret dari Dewan Negara Biduk pincalang anak...
  5. Anggota Parlimen perlu didik masyarakat tentang HIV Anggota Parlimen perlu didik masyarakat tentang HIV ...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline