Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet Explorer

CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna Internet yang menggunakan perisian peluncur Microsoft Internet Explorer kerana terdapat unsur kerapuhan yang kritikal.

Ketua Eksekutifnya, Husin Jazri, berkata dalam satu kenyataan hari ini, situasi itu dirujuk sebagai “0-day” kerana kerapuhan itu didedahkan disebabkan belum ada tampalan (patch) yang disediakan oleh vendor terbabit.

“Kerapuhan itu dengan mudah boleh dieksploitasi jika pengguna melawat laman web yang dicipta oleh penyerang. Penyerang akan menghantar URL (alamat laman web) kepada pengguna menggunakan email untuk mengelirukan mereka, sedangkan mereka sebenarnya memasuki ke laman yang berniat jahat,” katanya.

Beliau berkata, kerapuhan itu juga boleh digunakan oleh pencipta kod yang berniat jahat untuk memasang komputer dengan pelbagai ancaman seperti trojan atau virus untuk menyerang komputer mangsa.

- HARIAN METRO

Sumber Berita

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Perlu lebih banyak pakar keselamatan Internet Meskipun jenayah siber perbankan Internet masih di paras yang...
  2. OnlineFamily.Norton sekat ancaman siber Seks adalah topik carian dalam talian hangat di kalangan...
  3. 13 jam seminggu gunakan internet di Amerika WASHNGTON: Pelayar laman siber didapati menghabiskan masa 13 jam...
  4. Perkhidmatan internet TM terganggu Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam mengalami gangguan...
  5. Jerat Internet Oleh AFIQ HANIF Penggunaan Internet kian meningkat di kalangan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline