Banyak mayat tak dituntut di AS

DETROIT – Bilangan mayat yang tidak dituntut oleh keluarga mangsa untuk dikebumikan di Pejabat Pemeriksa Perubatan di Daerah Wayne, timur Detroit, Amerika Syariakt (AS) meningkat dua kali ganda kerana krisis kewangan.

Menurut ketua pemeriksa perubatan di pejabat itu, Albert Samuels, kini terdapat 50 hingga 60 mayat yang disimpan dalam bilik sejuk iaitu peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Kebanyakan orang kehilangan rumah mereka. Mereka tidak dapat menyara kehidupan.

“Pihak kami tidak boleh memaksa seseorang untuk datang dan mengebumikan mayat,” katanya.

Mayat-mayat itu tidak dituntut oleh waris yang dipercayai mempunyai masalah kewangan kerana kadar pengangguran di Detroit mencecah sehingga 33.8 peratus.

Pihak pengurusan rumah mayat itu telah mengebumikan 27 mayat yang tidak dituntut sejak 1 Oktober lalu dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Kos bagi mengebumikan mayat yang tidak dituntut itu ialah AS$750 (RM2,572) untuk satu mayat.

- AP

Sumber Berita

Related posts:

  1. HTAR cari waris 4 mayat tidak dituntut sejak November Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  2. Korea Utara tuduh AS enggan terima mayat askarnya Korea Utara tuduh AS enggan terima mayat askarnya...
  3. Kepala Ismail dituntut keluarga MD. JEFRI (kiri) membawa keluar kotak berisi kepala ayahnya,...
  4. 21 mayat bayi dijumpai, dua pekerja hospital ditahan 21 mayat bayi dijumpai, dua pekerja hospital ditahan...
  5. DNA tentukan mayat ditemui anak saudara Eddy Choong DNA tentukan mayat ditemui anak saudara Eddy Choong...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline