Bekas ahli MPPP saman Jeff Ooi RM10 juta

Bekas ahli MPPP saman Jeff Ooi RM10 juta


PULAU PINANG 1 Feb. – Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini menfailkan saman malu sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun kerana membuat kenyataan menfitnah dan berniat jahat.

Mohd. Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diiringi peguamnya Abdul Fareed Abdul Gafoor menfailkan writ saman tersebut melalui Tetuan V.M.Mohan, Fareed & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 12 tengahari.

Pernyataan tuntutan tersebut menjelaskan, Jeff yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.

Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah serta berniat jahat dan dinyatakan secara sindiran. – Utusan



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. FAM sumbang RM10,000 kepada bekas pemain kebangsaan Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  2. Jeff Ooi : PKR parti sampah, ahli sampah, pemimpin sampah, penyokong sampah, kerajaan sampah dan dasar sampah!! Inilah sebenarnya yang bermain dalam pemikiran pemimpin dan ahli DAP.....
  3. MB Perak saman Suara Keadilan RM100 juta MB Perak saman Suara Keadilan RM100 juta ...
  4. Kes saman Maria Sabri dibicara 27 Sept Kes saman Maria Sabri dibicara 27 Sept ...
  5. Bekas Presiden Cash saman fitnah RM19j dua AJK sendiri Bekas Presiden Cash saman fitnah RM19j dua AJK...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline