Bekas Pegawai Kewangan Kelantan didakwa

Bekas Pegawai Kewangan Kelantan didakwa


KOTA BAHARU 1 Feb. – Bekas Pegawai Kewangan Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan bersubahat membuat tuntutan palsu membabitkan projek Istana bernilai RM267,960 pada Disember 2008.

Bekas Pegawai Kewangan itu, Datuk Shkori Mohammad, 57, dituduh melakukan kesalahan itu apabila Yusri Che Noh memberikan dokumen, yang mengandungi butiran palsu, berbentuk invois bernombor 1302, bertarikh 3 Dis 2008, bertajuk “Tuntutan Membekal Bahan dan Kerja-Kerja Membina” bagi menyiapkan Rumah Puyuh di Projek Diraja, Banggol di sini, dengan keluasan 7,656 kaki persegi bernilai RM267,960.

Shkori dituduh bersubahat dalam tuntutan itu kerana ketika dokumen tuntutan diserahkan kepada beliau di pejabat Perbendaharaan Negeri, di sini, pada Disember 2008, projek Rumah Puyuh itu tidak dilaksanakan.

Shkori didakwa mengikut Seksyen 11(C), Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda suapan atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Zainal L. Salleh membenarkan Shkori diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta pasportnya dipegang mahkamah dan menetapkan tarikh 2 dan 3 Mac untuk sebutan kes. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi didakwa menipu Bekas Pengurus Projek Kuala Dimensi didakwa menipu ...
  2. Kes Darling Ngasri guna dokumen palsu disebut 16 April Kes Darling Ngasri guna dokumen palsu disebut 16...
  3. Pegawai khas Exco bebas tuduhan buat tuntutan palsu Pegawai khas Exco bebas tuduhan buat tuntutan palsu...
  4. Perbicaraan kes bekas pengurus besar LPK 25 Ogos Perbicaraan kes bekas pengurus besar LPK 25 Ogos...
  5. Bekas CEO PUNB bebas tuduhan palsukan bom RM19b Bekas CEO PUNB bebas tuduhan palsukan bom RM19b...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline