Demonstrasi: Patung Guan Eng dibakar


Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq – gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan ‘Sedaq’ dan laungan ‘Hidup Melayu’, mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.

Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim (kanan), menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa “melampau hadnya”.

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

- MALAYSIAKINI

Sumber Berita

Related posts:

  1. Edisi Malam : Lim Guan Eng dibakar di Pulau Pinang Sehari Selepas Memijak Gambar Adun Changkat dan Behrang ! Jangan terkejut kerana gambar beliau sahaja yang dibakar, bukan...
  2. Itulah Guan Eng sebenar Itulah Guan Eng sebenar JITRA 30...
  3. Dua surau di Muar dibakar Dua surau di Muar menjadi sasaran dibakar awal pagi ini...
  4. Fairus sedia dedahkan kurap Guan Eng Hari ini PKR mendapat kejutan lagi apabila bekas ketua menteri...
  5. Guan Eng bohong, diskriminasi Melayu Sifat perkauman Guan Eng sentiasa menebal dengan bangsa Melayu…...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline