Di sebalik isu daging kerbau

Di sebalik isu daging kerbau

APA salahnya daging kerbau atau lembu? Kedua-duanya halal dimakan. Namun yang menjadi persoalannya, adakah masyarakat Malaysia telah dimaklumkan daging import dari India yang dikenali ‘Indian Beef’ itu adalah daging kerbau?

Orang ramai terutama orang Melayu kebanyakannya tidak menggemari daging kerbau kerana keenakan dagingnya tidak setanding dengan daging lembu yang tidak liat dan dikatakan lebih berkhasiat.

Ketua Pengarah Jabatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin ketika diajukan pertanyaan ini tidak terkejut dengan pendedahan ruangan pojok Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini. Beliau beranggapan seluruh rakyat Malaysia sudah tahu bahawa daging yang diistilahkan ‘daging kotak’ itu adalah daging kerbau.

Kolum Awang Selamat yang memetik kenyataan seorang pensyarah yang membuat kajian berkaitan daging import memberitahu, hampir 80 peratus daging import yang berada di pasaran adalah dari India.

Malah didapati ternakan yang disembelih secara komersial adalah kerbau yang selalu dirujuk sebagai Indian Beef. Ini bermakna daging import dari India yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat kita sejak sekian lama adalah kerbau dan bukannya lembu.

Berdasarkan kajiannya juga, ramai pengguna tidak mengetahui tentang perkara itu. Di India, kerbau digunakan untuk mengusahakan tanaman sawah iaitu membajak dan pelbagai kegunaan lain. Kerbau yang masih muda digunakan untuk bekerja dan yang melebihi lima tahun atau dianggap tua akan dijadikan daging eksport.

Ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di Putrajaya kelmarin, Abd. Aziz berkata, adalah mustahil masyarakat negara ini tidak dimaklumkan tentang kedudukan sebenar.

‘‘Semua orang kampung tahu kalau hendak buat kenduri, pakai daging kotak dan orang ramai juga tahu bahawa daging kotak itu adalah daging kerbau.

‘‘Semua orang sudah tahu kecuali orang yang baru lahir semalam sahaja yang tidak tahu,” kata beliau.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp



Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Daging kotak dari India bukan lembu tetapi kerbau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjelaskan daging import...
  2. USM cipta alat beza daging ayam, babi GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan bahan...
  3. Di sebalik ‘kehebatan’ Anwar Di sebalik ‘kehebatan’ Anwar Mingguan: Pada pandangan...
  4. Di sebalik isu menantu Nik Aziz Di sebalik isu menantu Nik Aziz ...
  5. Wabak kuku, mulut: JPV Terengganu suntik 1,500 ekor lembu Wabak kuku, mulut: JPV Terengganu suntik 1,500 ekor...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline