Doa dan zikir dihindarkan bala bencana

Doa dan zikir dihindarkan bala bencana

TAKZIAH kepada mereka yang kehilangan keluarga dan juga penduduk kepulauan Haiti akibat gempa bumi.

Dunia kini bukan lagi diancam peperangan tetapi lebih kepada ancaman bencana alam dengan setiap hari dilaporkan kejadian gempa bumi dan tanah runtuh serta cuaca tidak menentu.

Ini memperlihatkan alam yang menjadi tempat teduh manusia dan haiwan zaman-berzaman sejak diturunkan bapa segala manusia, Nabi Allah Adam a.s ke dunia sudah begitu rapuh dan uzur dan ia menunggu sahaja saat-saat apa yang dikatakan sebagai bencana yang terlalu dahsyat dan tidak dapat dibayangkan sekarang.

Selain Malaysia perlu bersedia untuk memberi amaran awal sebelum sesuatu tragedi berlaku, kita syorkan rakyatnya sentiasa berdoa memohon agar negara kita tersisih daripada apa juga bencana alam.

Sudah sampai masanya surau dan masjid mengadakan doa tambahan serta zikir dan solat hajat supaya negara kita selamat daripada apa juga musibah.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. 200 terbunuh dalam bencana tanah runtuh 200 terbunuh dalam bencana tanah runtuh FREETOWN...
  2. Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana CAPE...
  3. Ronaldo tawar bantuan kepada mangsa banjir lumpur Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesungguhnya apabila manusia...
  5. PRK kini jadi sebuah “Parti Kian Runtuh”, kata Muhyiddin PRK kini jadi sebuah “Parti Kian Runtuh”, kata...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline