Dr. Mahathir persoal kenapa Melayu sahaja perlu minta maaf
September 4, 2008 · Print This Article
->
PUTRAJAYA 4 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mempersoalkan mengapa orang Melayu sering dituntut memohon maaf sekiranya mengeluarkan perkataan dan catitan yang boleh ditafsirkan sebagai perkauman.
Bekas Perdana Menteri berkata, sebaliknya apabila orang bukan Melayu mengeluarkan perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menuntut pihak tersebut memohon maaf.
Beliau memberi contoh memorandum Hindraf kepada Perdana Menteri United Kingdom yang bukan sahaja penuh dengan unsur-unsur perkauman tetapi juga bersifat hasutan.
”Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.
”Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali.
”Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat,” katanya dalam laman blognya, www.chedet.com.
Dr. Mahathir berkata, orang Melayu hari ini sebenarnya takut jika mereka dilabelkan perkauman.
Katanya, tahap ketakutan orang Melayu hari ini sehingga apabila hak mereka diburuk-burukkan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri.
”Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil Pilihan Raya Umum 2008, tetapi ia menjadi amat buruk.
”Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya, tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut,” katanya.
Mylasia 2 Cent
Kita orang Melayu memang sudah lama alpa dibuai keindahan dah kekayaan dunia. Setiap yang diluahkan oleh orang Melayu yang melibatkan kepentingan bangsa dan agama sering dianggap sebagai isu perkauman. Pemimpin-pemimpin yang ada sekarang sudah tidak berani mempertahankan yang Hak. Berjuang atas dasar Melayu tetapi takut untuk merpertahankan bangsa sendiri.
Jikalau dibuat perbandingan dengan pemimpin terdahulu yang sanggup berhabisan sehingga titisan darah yang terakhir semata-mata hanya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa, pemimpin sekarang hanya berjuang berhabisan apabila kepentingan sendiri tercabar. Mereka sudah tidak amik peduli tentang apa yang berlaku terhadap bangsa mereka yang penting perut mereka kenyang , kekayaan mereka bertambah dan yang paling penting matlamat politik mereka tercapai.
Datuk Ahmad Ismail diambil tindakan dan munkin dikenakan dakwaan atas akta hasutan kerana ceramahnya yang bersifat perkauman di Permatang Pauh.Apakah dengan mengklasifikasikan kaum Cina dan India sebagai pendatang adalah salah dan berbaur perkauman? Adakah menyanyikan lagu Negaraku dalam versi Rap dan menghina agama islam tidak racist? Adakah permohonan 17 perkara oleh NGO dari kaum Cina tidak racist? Apakah tindakan fitnah lagi terang dan nyata HINDRAF yang disampaikan kepada perdana menteri UK tidak berbaur perkauman? Fikir-fikirkan….
Berbalik kepada isu pendatang, jikalau kenyataan Datuk Ahmad Ismail adalah salah dan berbaur perkauman maka dengan terang dan jelaslah tindakan juga perlu diambil kepada penulis-penulis dan pengkaji sejarah yang dengan jelas menyatakan majoriti kaum cina dan india itu dibawa masuk oleh British dizaman sebelum merdeka aka pendatang. Kenyataan itu adalah fakta yang diajar disekolah-sekolah menengah dan IPTA di seluruh Malaysia sekarang ini.
bak kata Nabil…Lu Pikir la sendiri………………




Comments
Got something to say?