Dua maut, motosikal bertembung dengan kereta

Dua maut, motosikal bertembung dengan kereta

TEMERLOH 7 Dis. – Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) serta bapa angkatnya maut setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Lebak Seberang, Kampung Tanjung Batu, di sini semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang ketika Rashid Awang Hussain, 72, dan Norazman Rahmad dalam perjalanan dari arah Guai ke bandar Temerloh.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Temerloh, Asisten Supritendan Mohd. Hamzah berkata, bagaimanapun sejurus tiba di lokasi, motosikal mangsa terbabas lalu bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan.

Katanya, Rashid yang tercampak meninggal dunia di tempat kejadian manakala Norazman ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) kira-kira pukul 7 petang.

“Pemandu kereta iaitu seorang wanita hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar Hoshas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang bekerja sendiri sangat akrab dan sentiasa bersama atas urusan kerja.

Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau menasihati orang ramai khususnya penunggang motosikal supaya tidak memandu secara laju ketika musim hujan.

Menurutnya, keadaan jalan yang licin berbahaya kepada penunggang dan pembonceng motosikal.



This content has passed through fivefilters.org.

Related posts:

  1. 2 maut, 1 cedera 2 kereta bertembung 2 maut, 1 cedera 2 kereta bertembung ...
  2. Kereta bertembung: Tiga warga emas maut Kereta bertembung: Tiga warga emas maut KUANTAN...
  3. Dua maut kemalangan di Merapoh Dua maut kemalangan di Merapoh KUANTAN 23...
  4. 1 maut, 2 cedera kereta terbabas di Cameron Highlands 1 maut, 2 cedera kereta terbabas di Cameron...
  5. 16 cedera dua kereta api bertembung di Turki 16 cedera kereta api berlanggar di Turki ...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline