Hakim Augustine Paul diberikan penghormatan terakhir
Hakim Augustine Paul diberikan penghormatan terakhir
KUALA LUMPUR 3 Jan. – Orang kenamaan, pengamal undang-undang, ahli politik dan juga menteri-menteri, adalah antara hadirin yang memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Seri S. Augustine Paul.
Suasana hiba dan pilu menyelubungi perkarangan kediaman hakim Mahkamah Persekutuan di Bangsar, dari mana keranda yang membawa mendiang dibawa ke gereja Parish of St Peter di Jalan Changkat Riong sebelum dikebumikan.
Augustine, 65, meninggal dunia semalam akibat penyakit kronik yang dideritainya sejak beberapa lama.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang menyampaikan takziah kepada wakil keluarga mendiang menyifatkan mendiang sebagai seorang yang sangat telus dan jujur dalam perkhidmatannya.
“Bagi saya, ia satu perkara yang sedih… mendiang sangat jujur ketika menjadi hakim dan sangat memahami setiap kes yang diadilinya,” katanya ketika ditemui di kediaman mendiang. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Hakim Augustine Paul meninggal dunia Hakim Augustine Paul meninggal dunia KUALA LUMPUR...
- Saksi rasa gerun bila Augustine bertanya soalan Saksi rasa gerun bila Augustine bertanya soalan ...
- Agong serah surat pelantikan 13 hakim Agong serah surat pelantikan 13 hakim KUALA...
- Kes liwat Anwar: Hakim tolak permohonan tarik diri Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Kes liwat Anwar: Tiada alasan untuk tarik diri – Hakim Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

