Hanya 13 letak jawatan: Tiada pemilihan semula bagi MCA

Hanya 13 letak jawatan: Tiada pemilihan semula bagi MCA


KUALA LUMPUR 29 Jan. – Jawatankuasa Pusat (CC) MCA hari ini memutuskan tidak akan mengadakan pemilihan baru parti bagi memilih pemimpin pusat buat masa ini.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, ini berikutan hanya 13 daripada 31 anggota CC yang dipilih, menghantar surat perletakan jawatan tidak bertarikh kepada setiausaha agung parti.

Beliau berkata, oleh kerana jumlahnya tidak mencukupi untuk membolehkan pemilihan baru diadakan sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan parti MCA, pemilihan tidak dapat dijalankan.

“Bagaimanapun anggota CC boleh pada bila-bila meletak jawatan, tanpa sekatan daripada mana-mana pihak,” kata Dr. Soi Lek pada satu persidangan media selepas mesyuarat CC selama empat jam di Wisma MCA di sini, hari ini.

Mesyuarat petang ini diadakan bagi merumuskan satu ketetapan sekiranya perlu diadakan pemilihan semula parti MCA. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Saya tidak akan letak jawatan – Mei Fun Saya tidak akan letak jawatan – Mei Fun...
  2. 13 ahli CC MCA serah surat letak jawatan 13 ahli CC MCA serah surat letak jawatan...
  3. Hormati keputusan pemilihan baru MCA, kata Najib Hormati keputusan pemilihan baru MCA, kata Najib ...
  4. Soi Lek umum barisan kepimpinan baru MCA 7 April Soi Lek umum barisan kepimpinan baru MCA 7...
  5. Tiada maaf bagi Chin Peng Kerajaan masih kekal dengan keputusan sebelum ini untuk tidak membenarkan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline