Henin, Stosur mara ke akhir tenis GP Porsche

Henin, Stosur mara ke akhir tenis GP Porsche


STUTTGART 2 Mei – Justine Henin menewaskan Shahar Peer dari Israel 6-3, 6-2 semalam pada kejohanan tenis Grand Prix Porsche untuk melangkah ke perlawanan akhir ketiganya daripada lima kejohanan yang disertai sejak kembali dari persaraan, Januari lalu.

Henin yang sedang memburu kejuaraan pertama tahun ini, akan menentang Samantha Stosur dari Australia, yang menewaskan Anna Lapushchenkova dari Russia 7-5, 6-3.

Peer gagal memperoleh hadiah untuk harijadinya yang ke-23 apabila tumpas di tangan bekas pemain no. 1 dunia itu.

Henin tewas dalam perlawanan akhir di Brisbane dan Terbuka Australia Januari lalu, iaitu dua kejohanan pertama yang disertai selepas berehat selama 18 bulan.

Pemain Belgium itu pernah menjuarai kejohanan di Stuttgart itu pada 2007 dan memasuki perlawanan akhir pada 2001 dan 2003. Tahun ini beliau menyertainya atas tiket “wild-card”. – AP



Five Filters featured article: The Art of Looking Prime Ministerial – The 2010 UK General Election. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Henin dan Clijsters bakal gegar kejohanan tenis Antarabangsa Brisbane Henin dan Clijsters bakal gegar kejohanan tenis Antarabangsa...
  2. Henin, Zheng mara ke separuh akhir Terbuka Australia Henin, Zheng mara ke separuh akhir Terbuka Australia...
  3. Serena kalahkan Henin untuk juarai Terbuka Australia Serena kalahkan Henin untuk juarai Terbuka Australia ...
  4. Wawrinka mara ke suku akhir Terbuka Chennai Wawrinka mara ke suku akhir Terbuka Chennai ...
  5. Kecederaan belakang mungkin ragut kerjaya tenis Safina Kecederaan belakang mungkin ragut kerjaya tenis Safina ...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline