Ibu nyanyuk paling muda di dunia


SYDNEY – Seorang wanita muda di Australia, Rebecca Doig lupa dia pernah melahirkan seorang bayi perempuan pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Doig yang berumur 31 tahun lupa pernah melahirkan seorang anak kerana dia merupakan antara pesakit Alzheimer atau nyanyuk paling muda di dunia.

Anaknya, Emily Doig dilahirkan melalui pembedahan di Hospital Hornsby di sini pada Selasa lepas tetapi sehingga kini bayi itu belum mendapat belaian ibunya.

Doig yang hilang pekerjaan kerana kerap lupa dan melakukan kesilapan disahkan menghidap penyakit Alzheimer pada Ogos tahun lalu.

Dia merupakan pesakit Alzheimer yang paling muda pernah melahirkan seorang anak.

“Amat memilukan untuk melihat isteri anda seperti ini. Pada masa lalu, dia amat bertenaga.

“Namun, dia kini merupakan kehidupan saya dan saya tidak akan berputus asa,” kata suaminya, Scott yang berkahwin dengan Doig pada 2003.

- Agensi

Sumber Berita

Related posts:

  1. Telefon bimbit ubat penyakit nyanyuk Telefon bimbit kini menjadi perhatian untuk digunakan bagi memerangi penyakit...
  2. Malaysia ekonomi dunia ke-27 paling berangkaian MALAYSIA adalah ekonomi dunia ke-27 yang paling berangkaian dan teratas...
  3. Raja paling kaya di dunia (2010) Lima belas raja terkaya di dunia bergelut untuk mengekalkan harta...
  4. Lelaki muda boros Wanita sering dikaitkan dengan hobi ‘membuang duit’ iaitu membeli-belah, namun...
  5. Pendaki paling tua Everest diiktiraf Seorang lelaki warga Nepal yang berumur 76 tahun semalam diiktiraf...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline