Isteri sambut suami pulang umrah maut dalam kemalangan

Isteri sambut suami pulang umrah maut dalam kemalangan


TEMERLOH 13 Jun – Keceriaan seorang isteri bersama dua anaknya menyambut kepulangan suami pulang dari umrah bertukar tragedi apabila pasangan terbabit maut selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 99, Lebuh raya Pantai Timur di Lanchang dekat sini malam semalam.

Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 9.30 malam itu ialah pemandu kereta, Mohd. Norazuani Mohamad Nor, 30, yang baru pulang daripada menunaikan umrah dan isterinya, Salina Mohd. Nawawi, 29, yang duduk di kerusi belakang pemandu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Alza yang dipandu Mohd. Norazuani yang masih berjubah, hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan dekat susur masuk ke lebuh raya dari Plaza Tol Lanchang. – Utusan



Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Suami isteri maut dalam nahas babitkan dua kereta Suami isteri maut dalam nahas babitkan dua kereta...
  2. Dua sahabat karib maut dalam kemalangan motosikal Dua sahabat karib maut dalam kemalangan motosikal ...
  3. KPP JSJK Bukit Aman maut kemalangan Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Dua maut kemalangan di Merapoh Dua maut kemalangan di Merapoh KUANTAN 23...
  5. 14 maut dalam nahas jalan raya semalam Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline