Jamil Khir wakili Malaysia di permakaman negara untuk Gus Dur

Jamil Khir wakili Malaysia di permakaman negara untuk Gus Dur


JAKARTA 31 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mewakili Malaysia pada upacara pengkebumian negara bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid atau Gus Dur di Jombang, Jawa Timur tengah hari ini.

Beliau, yang diiringi isteri Datin Fatmawati Saidin serta Timbalan Ketua Setiausaha III Wisma Putra Datuk Iskandar Sarudin dan Setiausaha Bahagian Asia Tenggara Wisma Putra Datuk Adnan Othman, berlepas dengan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Kuala Lumpur ke Jawa Timur pagi ini.

Turut sama menghadiri upacara itu ialah Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan dua orang pegawai daripada Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia, kata Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di sini, Amran Mohamed Zain.

Sementara itu, pada pukul 8.10 pagi ini (Waktu Indonesia Barat) jenazah Gus Dur diterbangkan dengan pesawat Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Udara dari pangkalan udara Halim Perdana Kusuma di sini ke Surabaya.

Jenazah beliau sebelum itu dibawa keluar dari kediamannya di Ciganjur, Jakarta Selatan dalam sebuah kenderaan jenazah dengan penuh penghormatan negara pada satu upacara yang dipimpin Ketua Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Taufik Kiemas.

Gus Dur akan disemadikan bersebelahan dengan makam datuknya Hasyim Asy’ari, pengasas pertubuhan Nahdlatul Ulama (NU) di kawasan permakaman keluarga di Pondok Pesantren (pusat pengajian Islam) Tebu Ireng, Jombang, Jawa Timur pada tengah hari ini. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. NGO Islam perlu lebih berani mendesak – Jamil Khir NGO Islam perlu lebih berani mendesak – Jamil...
  2. Qazaf Anwar: Bantahan awal Jamil Khir didengar 10 Mac Message from fivefilters.org: If you can, please donate to...
  3. Iklan Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) (Lelaki & Wanita) Jan 2010 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang...
  4. Jawatan Kosong di Lembaga Juruukur Malaysia / Job Vacancy at Board of Quantity Surveyors Malaysia (BQSM) Feb 2010 Board of Quantity Surveyors Malaysia is seeking a suitable...
  5. Kedutaan asing didakwa beli rahsia negara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline