Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38
Jumlah kematian kerana demam denggi naik kepada 38
KUALA LUMPUR 17 Mac – Empat lagi mati akibat denggi dalam tempoh seminggu dari 7 hingga 13 Mac, walaupun jumlah kes menurun tiga peratus kepada 1,039 berbanding minggu sebelum itu.
Tiga kematian dilaporkan di Selangor dan satu di Kelantan, menjadikan jumlah 38 yang maut setakat tahun ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.
Dr. Mohd. Ismail berkata, empat kes kematian itu disebabkan komplikasi demam denggi iaitu ”sindrom kejutan denggi”.
Beliau berkata, masyarakat setempat masih lagi tidak menunjukkan keprihatinan terhadap masalah denggi di kawasan masing-masing kerana masalah tempat pembiakan aedes masih berterusan di ”kawasan panas”.
“Tiga negeri menunjukkan peningkatan kes yang agak tinggi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya, Sarawak dan Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan masalah demam denggi tidak akan dapat dikawal tanpa kerjasama daripada orang ramai.
Beliau juga berkata, mereka yang mengalami gejala demam denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan dan para pengamal perubatan yang mengendalikan kes juga diminta segera melaporkan kes-kes denggi yang disyaki supaya tindakan segera boleh diambil. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Denggi: Tiga maut dan jumlah kes meningkat kepada 14 Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Denggi terus jadi ancaman, 9 lagi maut minggu lalu Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Denggi: Kerajaan Ambil Langkah Berjaga-Jaga Kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menangani penyakit demam denggi kerana...
- H1N1: Satu lagi kematian melibatkan lelaki 63 tahun H1N1: Satu lagi kematian melibatkan lelaki 63 tahun...
- Air isotonik bukan ubat demam Air isotonik bukan ubat demam Ibu mengandung...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

