Kalau takut ….
Kalau takut ….
AWANG bersyukur kerana keadaan kini reda selepas negara digemparkan dengan serangan bom api di tiga gereja, minggu lalu berikutan isu kalimah Allah oleh penerbitan gereja Katholik.
Tahniah kepada polis kerana dengan cepat dapat mengawal situasi dan membendung ketegangan bagi mengelakkan berlaku huru-hara.
Syabas juga kepada seluruh rakyat yang menghadapi keadaan tersebut dengan tenang. Rakyatlah yang menjadi hero kerana tetap komited kepada kedamaian dan keharmonian.
Serangan ke atas beberapa gereja angkara individu yang tidak bertanggungjawab, tidak seharusnya menjadi penghalang dan merosakkan keharmonian negara pelbagai kaum dan anutan agama ini.
Bayangkan padahnya jika penganut Islam dan Kristian hilang
pertimbangan dan kewarasan? Pertumpahan darah yang dahsyat berkemungkinan besar berlaku sebagaimana pernah terjadi di Makassar, Indonesia, tidak lama dulu.
Awang pernah menonton rakaman video keganasan dalam pergaduhan agama itu yang pernah hangat diperkatakan. Ia memang mengerikan dan tidak boleh diterima dek akal dalam kehidupan tamadun alaf baru ini.
Dengan perkembangan positif ini, Awang lega kerana ia juga menyukarkan cubaan pihak tertentu sama ada di dalam dan luar negara untuk menangguk di air keruh bagi menggugat keselamatan tanah air kita.
Keghairahan pembangkang seperti PKR dan beberapa pemimpin Pas mempolitikkan isu serangan ke atas gereja dengan menuduh kerajaan dan UMNO menjadi dalang, ternyata gagal. Ia jelas memperlihatkan budaya politik rendah parti itu. Kalau PKR mengharapkan isu tersebut
memihak kepadanya, ia adalah satu lagi kesilapan.
Strategi PKR di bawah teraju Anwar Ibrahim menyokong penggunaan kalimah Allah bagi Katholik juga makin difahami oleh orang ramai. Motifnya adalah politik untuk melonjakkan sokongan bukan Islam terutama di Sarawak, yang bakal menyaksikan pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Sebuah lagi parti pembangkang iaitu Pas turut mengambil pendirian mengelirukan berhubung isu kalimah Allah iaitu boleh guna tetapi jangan salah guna. Awang tidak percaya, apakah itu pendirian sebuah parti yang berlabelkan Islam? Mujurlah pendirian Pas tidak bulat, ia terpecah dua. Ada yang menyokong dan khabarnya, ramai membantah terutama di peringkat akar umbi.
Kalau isu tersebut menyebabkan Anwar semakin diragui oleh ramai ahli PKR dari kalangan orang Islam, begitu juga sentimen rasa tidak puas hati yang mula berkocak dalam Pas.
Awang sekali lagi bersyukur kerana majoriti umat Islam tetap menolak penggunaan kalimah Allah oleh agama lain di Semenanjung Malaysia.
Suara umat Islam itu selari dengan pendirian Raja-raja Melayu yang menjadi pelindung Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.
Larangan penggunaan kalimah itu di Selangor yang dititahkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini, turut diikuti oleh majlis agama Islam hampir kebanyakan negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pelajar telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah.
Tetapi Awang tertanya-tanya mengapa dia seorang yang kena. Setahu Awang ada lagi banyak komen berbahaya termasuk yang menghina nama Allah disiarkan oleh beberapa blog dan portal berita termasuk Malaysiakini. Perkasa iaitu sebuah NGO telah membuat laporan polis mengenainya.
Selain kita menunggu tindakan polis menyelesaikan siasatan kes membakar gereja dan memberkas sesiapa terlibat, pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas unsur ekstremisme dan hasutan dalam blog dan portal berita.
Janganlah terlalu terbuka sehingga akhirnya yang kelihatan berkuasa adalah mereka, bukannya kerajaan, polis mahu pun rakyat. Kalau takut bertindak terhadap golongan tertentu, janganlah bertindak ke atas sesiapa pun di negara ini.
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- KALAU KITA BENAR KENAPA PULA HENDAK TAKUT? PEMBICARAAN LIWAT ANWAR- SAIFUL 25 JANUARI Bagi Pakmie, pembicaraan keadilan...
- Siapa pakar bakar sentimen? Siapa pakar bakar sentimen? KETUA pembangkang, Anwar...
- Anwar jangan salahkan UMNO Anwar jangan salahkan UMNO PADA 10 Januari...
- Serang gereja satu tindakan sabotaj terhadap Islam Serang gereja satu tindakan sabotaj terhadap Islam ...
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

