Keanggotaan tebuka BN: Samy dapatkan pandangan MIC

Keanggotaan tebuka BN: Samy dapatkan pandangan MIC
KUALA LUMPUR 28 Feb. – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mengulangi pendiriannya bahawa parti itu tidak menentang cadangan sistem keanggotaan terbuka Barisan Nasional (BN).
Beliau sebaliknya menegaskan, perlu berbincang untuk mendapatkan pandangan anggota parti mengenai cadangan itu.
Beliau berkata, MIC yang merupakan parti komponen ketiga terbesar tidak menentang cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 19 Februari lalu.
“Perdana Menteri mahu mengukuhkan BN dan kami (MIC) akan menyokong usaha beliau itu. Namun, kami perlu mengetahui apakah pandangan dan perasaan anggota berhubung cadangan itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyerahkan diploma kepada para penuntut Kolej TAFE di sini hari ini.
Najib mencadangkan langkah itu untuk membolehkan individu serta badan bukan kerajaan yang cenderung menyokong BN menjadi sebahagian daripada BN bagi mengukuhkan gabungan itu, terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.
Samy berkata, sebuah jawatankuasa kecil yang dipengerusi oleh beliau sendiri akan dibentuk bagi MIC mengkaji cadangan tersebut. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Bila lagi Samy? Bila lagi Samy? TUMPUAN orang ramai kini...
- CALON SAMY DITOLAK Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon anak tempatan pada pilihan...
- Poooorah Samy -Gesa Tun Mahathir Sudah lama tak dengar Tun Mahathir bercakap mengenai politik. Tidak...
- Anak Samy Vellu- Keldai, Samy Vellu Pula Bapa Keldai? abe MIE tertarik dengan sebuah artikel dari Utusan Malaysia bertajuk...
- Keanggotaan JPAM dalam ICDO perkasa pertahanan awam Keanggotaan JPAM dalam ICDO perkasa pertahanan awam ...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

