Kelantan tolak tawaran anggotai panel royalti minyak

Kelantan tolak tawaran anggotai panel royalti minyak


KOTA BAHARU 24 Jan. – Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

“Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.

“Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Royalti Minyak : PAS Kelantan bacul KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan dilihat semakin buntu dalam...
  2. ANWAR SENDIRI AKUI KELANTAN TIDAK LAYAK TERIMA ROYALTI MINYAK Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung mengakui...
  3. Kerajaan siar fakta royalti minyak Kelantan dalam akhbar Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Edisi Kelantan : Mari Tengok Gambar Iklan Politik PAS Tuntut Royalti Minyak Di Tepi Jalan Kerajaan Kelantan semakin terdesak bab royalti minyak. Mereka giat...
  5. Nik Aziz: Kelantan sedia terima wang ihsan tanpa lalui JPP Kerajaan PAS Kelantan sedia menerima wang ihsan yang diberikan dari...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline