Kembar Presiden Poland bertanding pilihan raya Presiden

Kembar Presiden Poland bertanding pilihan raya Presiden


WARSAW 27 April – Pemimpin parti pembangkang Poland, Jaroslaw Kaczynski bakal bertanding dalam pilihan raya pada musim panas ini bagi menggantikan kembarnya, bekas Presiden sebelum ini yang meninggal dunia dalam satu nahas pesawat.

Jaroslaw berkata, beliau mengambil keputusan untuk bertanding bagi meneruskan misi abangnya dan semua yang terkorban dalam nahas tersebut.

“Apa yang bagus tentang Poland adalah tugas bersama yang memerlukan satu kebolehan untuk bersemuka dengan kesakitan peribadi, untuk menjalankan tugas di samping tragedi peribadi.

“Itulah adalah sebab mengapa saya mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihan raya Presiden. Keluarga saya menyokong keputusan ini,” katanya.

Pilihan raya tersebut dipercepat kepada 20 Jun depan selepas Presiden Lech Kaczynski, isterinya dan 94 yang lain termasuk pemimpin tertinggi ketenteraan maut dalam nahas pesawat pada 10 April lalu di Smolensk, Russia.

Penggal pemerintahan Kaczynski sepatutnya berakhir Disember tahun ini dan pilihan raya pada mulanya akan diadakan pada musim luruh. – AP



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Pesawat terhempas: Presiden Poland dan isteri maut Pesawat terhempas: Presiden Poland dan isteri maut ...
  2. Presiden Poland dan isteri dikebumikan Ahad ini Presiden Poland dan isteri dikebumikan Ahad ini ...
  3. Pilihan raya Sudan: 10 calon bertanding jawatan presiden Pilihan raya Sudan: 10 calon bertanding jawatan presiden...
  4. Beshir menang pilihan raya Presiden Beshir menang pilihan raya Presiden KHARTOUM 27...
  5. Calon Pilihan Raya Parlimen Iraq maut Calon Pilihan Raya Parlimen Iraq maut FALLUJAH...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline