Kepolisan berprofil tinggi bagi kurangkan jenayah

Kepolisan berprofil tinggi bagi kurangkan jenayah


KUALA LUMPUR 11 Jan. — Polis Diraja Malaysia akan melaksanakan program Kepolisan Berprofil Tinggi sebagai satu daripada inisiatif untuk mengurangkan kadar jenayah terutama jenayah jalanan seperti yang disasar di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, melalui program itu, pegawai kanan polis dikehendaki bersama-sama anggota di barisan hadapan menjalankan tugas ”tinjauan” serta ”berjumpa dan menyapa” orang awam di tempat dan masa yang ditetapkan secara sistematik.

“Walkabout (tinjauan) merangkumi tugas-tugas kepolisan seperti bit dan rondaan manakala meet and greet (berjumpa dan menyapa) ialah interaksi bersemuka antara polis dan masyarakat secara konstruktif,” katanya kepada pemberita sebelum meninjau penugasan anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Balai Polis Bergerak Hentian Puduraya di sini hari ini. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. 200,000 vaksin H1N1 bagi kumpulan berisiko tinggi Feb. 200,000 vaksin H1N1 bagi kumpulan berisiko tinggi Feb....
  2. Balai bergerak atasi jenayah kawasan panas Balai bergerak atasi jenayah kawasan panas KLANG...
  3. Melaka tawar kerjasama dengan UniKL produk teknologi tinggi Melaka tawar kerjasama dengan UniKL produk teknologi tinggi...
  4. Kerajaan kurangkan pegangan syer dalam GLC pada 2010 Kerajaan kurangkan pegangan syer dalam GLC pada 2010...
  5. Qanun Jenayah Syariah: Hukuman qisas dan diyat bagi jenayah bunuh, cederakan manusia Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline