Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin

Kerajaan akan tingkatkan usaha bantu penduduk miskin


HULU SELANGOR 24 April – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meningkatkan lagi usaha untuk membantu masyarakat luar bandar khususnya yang miskin dan daif walaupun kerajaan telah berjaya membantu memperbaiki taraf hidup mereka sejak merdeka lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memastikan negara mencapai Wawasan 2020, tidak akan sekali-kali mengabaikan masyarakat luar bandar yang miskin dan daif.

“Kita akan teruskan dan tingkat usaha untuk membantu masyarakat luar bandar. Komitmen kita untuk membela rakyat miskin tidak akan terhenti. Kita tidak mahu lagi melihat rakyat terikat dengan putaran kemiskinan.

“Salah satu sasaran pimpinan negara ialah mengatasi masalah kemiskinan. Kita telah berjaya setakat ini. Ketika kita (negara) merdeka 53 tahun lalu, paras kemiskinan negara pada tahap 60 peratus daripada penduduk tapi kini ianya hanya 3.5 peratus.

“Ini kemungkinan besar satu rekod dunia…iaitu mengurangkan kadar kemiskinan begitu banyak dalam masa yang singkat. Tetapi ada juga orang di luar bandar yang tidak bersyukur…pembelaan yang sekian lama tidak diingat,” kata ketika berucap di majlis mesra bersama rakyat dan peserta Felcra Bhd. di Ampang Pecah di sini, hari ini. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Kerajaan sumbang RM1j bantu pelajar miskin Kerajaan sumbang RM1j bantu pelajar miskin PUTRAJAYA...
  2. Pusat akan terus bantu majukan Sarawak Pusat akan terus bantu majukan Sarawak MIRI...
  3. Usaha tingkat prasarana di kawasan luar bandar diutamakan Usaha tingkat prasarana di kawasan luar bandar diutamakan...
  4. Sasar sifar KIR miskin tegar di Labuan pada 2010 Sasar sifar KIR miskin tegar di Labuan pada...
  5. Kerajaan sedia kaedah bantu pelajar SPM kurang berjaya, gagal Kerajaan sedia kaedah bantu pelajar SPM kurang berjaya,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline