Kerajaan sedang nilai kerosakan akibat banjir di Kelantan

Kerajaan sedang nilai kerosakan akibat banjir di Kelantan
PASIR PUTEH 30 Dis — Agensi-agensi kerajaan persekutuan di Kelantan sedang giat melancarkan gerakan bagi menilai kerosakan disebabkan banjir besar yang melanda negeri itu empat kali tahun ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Che Osman Che Mat berkata antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Pertanian dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Ia antara lain membabitkan siasatan mengenai jambatan roboh, jalan kampung yang berlubang dan tanaman yang musnah terutama di jajahan-jajahan yang dilanda banjir seperti Pasir Mas, Rantau Panjang, Machang, Tumpat, Kota Baharu dan Pasir Puteh,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan lebih 40 penduduk kampung Padang Pak Amat di sini baru-baru ini yang mengadakan demonstrasi aman memohon kerajaan supaya turut bertanggung jawab membaik pulih jalan-jalan kampung mereka yang rosak teruk disebabkan banjir berkenaan.
Che Osman berkata jumlah sebenar kerosakan dan lokasinya akan diketahui dalam tempoh terdekat dan ia dijangka akan dapat diselesaikan antara bulan Januari dan Mac ini.
“Kami sedar kerosakan itu menyusahkan kehidupan penduduk, seperti kesukaran membawa hasil-hasil tanaman untuk dipasarkan ke bandar-bandar di samping menyukarkan anak-anak ke sekolah mulai Januari ini,” katanya. — Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion Chile anggar kerosakan akibat gempa RM99 bilion ...
- 20 terkorban akibat banjir di Peru 20 terkorban akibat banjir di Peru LIMA...
- Lebih Ramai Mangsa Banjir Di Terengganu Dan Kelantan Dipindahkan Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan secara keseluruhannya bertambah buruk...
- Banjir: 380 penduduk Telupid, Kinabatangan dipindahkan Banjir: 380 penduduk Telupid, Kinabatangan dipindahkan SANDAKAN...
- Bertambah: 2,145 mangsa banjir di Kinabatangan Bertambah: 2,145 mangsa banjir di Kinabatangan KINABATANGAN...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

