Kerusi tidur kelas ekonomi pesawat


WELLINGTON – Syarikat penerbangan Air New Zealand menyediakan bangku yang boleh manjadi tempat tidur di kelas ekonomi untuk pasangan kekasih dan keluarga.

Kemudahan 22 buah kerusi itu akan disediakan kepada penumpang untuk pesawat baru 777-300 pada hujung tahun ini.

“Kami meneliti bagaimana penumpang-penumpang meliuk badan dalam penerbangan dan cara ibu bapa mencari ruang untuk anak-anak mereka berlingkar dan tidur,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Air New Zealand, Ed Sims.

“Pihak kami kemudian mendapat idea yang sempurna untuk sebuah keluarga yang mempunyai dua anak atau pasangan yang boleh memilih membeli kerusi ketiga dalam barisan pada separuh harga sekali gus membolehkan mereka berbaring dan bersantai bersama-sama,” tambahnya.

Pesawat pertama 777-300 daripada lima buah yang ditempah itu akan dihantar kepada syarikat tersebut pada tahun ini dengan penerbangan pertama akan bermula antara New Zealand dengan Los Angeles.

- Agensi

Sumber Berita

Related posts:

  1. Kasihan! Penumpang gemuk dalam pesawat NEW YORK – Anda akan berasa belas kasihan jika duduk...
  2. Kotak hitam pesawat Habsyah yang terhempas ditemui Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  3. Pesawat bawa wartawan Al-Jazeera mendarat cemas di Afrika Selatan Pesawat bawa wartawan Al-Jazeera mendarat cemas di Afrika...
  4. Pesawat Habsyah terhempas bukan kerana sabotaj Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  5. Israel perkenal pesawat besar tanpa juruterbang Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline