Kotak hitam pesawat Habsyah yang terhempas ditemui

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Kotak hitam pesawat Habsyah yang terhempas ditemui
BEIRUT 7 Feb. – Kotak hitam dari pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas di laut membunuh 90 orang telah ditemui dan mencerahkan harapan untuk mencari jawapan kenapa pesawat tersebut berlepas dalam cuaca ribut.
“Tentera laut Lebanon telah menemui kotak hitam dari pesawat Habsyah dan ia akan dibawa ke pangkalan tentera laut Beirut untuk diserahkan kepada penyiasat nahas,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.
Menteri Pengangkutan, Ghazi Aridi semalam mengumumkan bahawa para pencari telah menemui lokasi dua kotak rakaman penerbangan dan penyelam tentera Lebanon telah melakukan pencarian ke tempat tersebut.
Kotak-kotak itu ditemui di bawah serpihan fiuslaj, kata Aridi.
Pesawat Boeing 737-800 terhempas ke Laut Mediterranean sebelum subuh 25 Januari, beberapa minit selepas berlepas dari lapangan terbang Beirut. Ia menuju ke Addis Ababa dengan membawa 83 penumpang dan tujuh anak kapal.
Tiada yang selamat dalam penerbangan 409 itu dan hanya 15 mayat mangsa yang ditemui sehingga kini. – AFP
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Pesawat Habsyah terhempas bukan kerana sabotaj Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Pesawat terhempas dua di khuatiri hilang Pesawat terhempas dua di kuatiri hilang MIAMI,...
- Pesawat terhempas: Presiden Poland dan isteri maut Pesawat terhempas: Presiden Poland dan isteri maut ...
- Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut penumpang cedera Pesawat ringan terhempas, juruterbang maut penumpang cedera ...
- Juruterbang, penumpang pesawat kecil terhempas selamat Juruterbang, penumpang pesawat kecil terhempas selamat KOTA...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

