Lebih 20 militan terbunuh di Afghanistan

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Lebih 20 militan terbunuh di Afghanistan
KABUL 12 Feb. – Satu pasukan keselamatan gabungan Afghanistan dan pasukan antarabangsa membunuh lebih 20 militan hari ini dan berjaya menangkap lebih lima orang dalam satu pertempuran di wilayah barat Farah, menurut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pertempuran itu bermula semasa pasukan gabungan itu menjalankan operasi mencari komander Taliban yang dipercayai bertanggungjawab merancang serangan berani mati yang mensasarkan beberapa siri kawasan di daerah Baghwa di Farah.
Seorang militan yang bersembunyi di dalam salah sebuah kawasan terbabit bertindak melemparkan bom tangan, dan kemudian meletupkan pakaian yang dilengkapi bom semasa pasukan gabungan itu cuba memasuki bangunan tersebut.
Selepas letupan itu, sekumpulan militan menyerang pasukan gabungan itu, sekali gus mencetuskan tembakan berbalas, menurut NATO.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang terbunuh di kalangan anggota pasukan gabungan itu. – AP
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- 22 terbunuh dalam serangan hendap militan di Pakistan 22 terbunuh dalam serangan hendap militan di Pakistan...
- Lapan terbunuh kereta dibom di Afghanistan Lapan terbunuh kereta dibom di Afghanistan KANDAHAR,...
- Afghanistan tembak 5 pengebom berani mati Afghanistan tembak 5 pengebom berani mati KABUL...
- Pengeboman di Kandahar satu amaran buat NATO – Taliban Pengeboman di Kandahar satu amaran buat NATO –...
- Lapan terbunuh dalam pertempuran antara polis dan militan di Nigeria Lapan terbunuh dalam pertempuran antara polis dan militan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

