Lelaki hidup mewah hasil kegiatan menipu lebih RM300,000

Lelaki hidup mewah hasil kegiatan menipu lebih RM300,000


KOTA BHARU 21 Dis. — Selepas hidup mewah selama setahun dipercayai daripada hasil kegiatan menipu membabitkan RM346,500, akhirnya seorang lelaki ditahan polis.

Suspek berusia 55 tahun, memperdayakan mangsa kononnya dia mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan untuk mendapatkan kontrak kawasan pembalakan, membeli kereta disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan pembelian konsesi kayu getah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Supt. Hamzah Alias berkata, lelaki itu terbabit dalam lima kes tipu iaitu tiga kes berlaku di daerah Pasir Puteh, satu kes di Kota Bharu dan satu kes di Rantau Panjang membabitkan kes penipuan tawaran kawasan pembalakan, penipuan tender pembelian kenderaan dan penipuan tawaran pembelian konsesi kayu getah.

“Pihak polis berjaya menahan suspek di Jalan Tengku Chik, dekat sini dan pihaknya turut merampas sebuah kereta mewah milik suspek, yang berasal dari Pasir Mas, pada 17 Dis. lalu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Polis tahan tiga lelaki yang disyaki terbabit kes tetak peniaga Polis tahan tiga lelaki yang disyaki terbabit kes...
  2. Kes SPRM: Pengamal perubatan alternatif didakwa menipu Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  3. Lebih 8,000 terpedaya sindiket pelaburan melalui Internet – CAP Lebih 8,000 terpedaya sindiket pelaburan melalui Internet –...
  4. Tiga lelaki Afrika ditahan berhubung siasatan rogol Tiga lelaki Afrika ditahan berhubung siasatan rogol ...
  5. Polis tembak dua lelaki terlibat kes serangan bom Polis tembak dua lelaki terlibat kes serangan bom...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline