Letak segera jawatan, selesaikan kemelut PMBK
Letak segera jawatan, selesaikan kemelut PMBK
KONTROVERSI membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman masih berlarutan.
Beliau sebelum ini menganggap isu peletakan jawatannya pada Mac ini telah selesai. Namun tidak begitu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Sama seperti banyak pihak lain – dalam Pas dan di luar Pas – dewan itu menganggap Mac ini adalah tempoh yang terlalu lama untuk Abdul Ariffahmi berundur. Mereka mahu beliau segera berundur.
Dewan itu akan bermesyuarat hari ini untuk membincangkan isu berkenaan.
Malah mereka mungkin mengadakan undian bagi mendesak pengunduran menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.
Mengikut dewan itu, pengunduran segera Abdul Ariffahmi sangat penting kerana kontroversi yang membelenggunya boleh menjejaskan Pas.
Dewan Pemuda Pas Kelantan mahu integriti parti itu menjadi keutamaan. Mereka mempunyai hujah-hujah tersendiri.
Bagaimanapun itu hanya kata dewan tersebut. Abdul Ariffahmi semalam menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan berkenaan.
Malah beliau menyifatkan tindakan dewan itu sebagai tidak bijak dan tidak selari arahan pucuk pimpinan parti.
Baginya, isu peletakan jawatannya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana semuanya hampir selesai. Beliau tidak mahu isu itu digunakan oleh pihak musuh bagi menyerang Pas.
Soalnya, jika Abdul Ariffahmi tidak mahu isu itu dijadikan bahan oleh pihak musuh, beliau seharusnya telah nampak apa yang perlu dilakukannya.
Pelantikan beliau ke jawatan itu oleh mertuanya telah menjadi isu sebelum ini. Kini beliau berdepan dengan isu tarikh peletakan jawatan pula.
Mengapa perlu ada pelan untuk peletakan jawatannya? Kenapa perlu menunggu sehingga Mac ini? Kenapa perlu terus dibangkitkan soal notis 90 hari?
Letak sahaja jawatan, hentikan suara-suara mengenainya. Biarkan siasatan diteruskan tanpa ada beliau di dalam PMBK. Ia akan menampakkan ketelusan dan keikhlasan semua pihak – Abdul Ariffahmi, Nik Aziz dan Pas Kelantan sendiri.
Jangan biarkan orang terus mempertikaikan Nik Aziz. Abdul Ariffahmi sepatutnya menghormati status bapa mertuanya sebagai Mursyidul Am Pas.
Adakah kepentingan peribadi dan jawatan itu lebih penting daripada menjaga nama baik Tok Guru Nik Aziz?
Dan kalau sebelum ini Nik Aziz begitu mudah menyuruh orang lain – terutama pemimpin BN – berundur, kenapa tidak pendekatan yang sama diguna pakai untuk menantunya?
Kenapa beliau berterusan membela dan menyanggah desakan dalaman agar Abdul Ariffahmi berundur?
Ingatlah Tok Guru, integriti penting dalam kepimpinan.
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Dewan Pemuda PAS Kelantan desak Ariffahmi segera letak jawatan KOTA BHARU 19 Dis. – Dewan Pemuda Pas Kelantan akan...
- PMBK : TAK KAN MENANTU SEORANG YANG LETAK JAWATAN? NIK AZIZ TIDAK BERTANGGONGJAWAB DIATAS KESILAPAN YANG TIDAK SEPATUT BELIAU...
- Edisi Diraja : 5 sebab Nik Aziz patut letak jawatan gagal selesaikan krisis Istana Kelantan !!! MB Kelantan patut letak jawatan kerana : 1. Gagal...
- CEO PMBK : ADAKAH GARA-GARA MENANTU MAKA BERAKHIRNYA POLITIK BAPAK MERTUA? KALAU DAH LAYAK BUAT APA DESAK MENANTU LETAK JAWATAN? Nik...
- Kelantan Serambi Rasuah : Nik Aziz, menantu didesak letak jawatan Oleh AZRAN FITRI RAHIMazran.rahim@utusan.com.my Anuar Safian (tiga dari kiri)...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

